PROJEK RUNDINGAN TERUS RM56 JUTA: BEKAS SETIAUSAHA POLITIK MAT SABU DITAHAN REMAN

810
SHARES
4.8k
VIEWS

Mohd Azhar Che Mat Dali, bekas Setiausaha politik kepada Mat Sabu yang hanya sempat menjadi Menteri Pertahanan selama 22 bulan, telah ditahan reman selama 6 hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan rasuah membabitkan projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM56 juta.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim terhadap Azhar bermula hari ini hingga 13 Julai, selepas mendengar permohonan yang dikemukakan oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sebagai rekod, SPRM pernah membuka siasatan terhadap Azhar pada bulan Ogos 2018 atas pertuduhan menerima wang lebih RM800,000 dari beberapa pihak untuk menyelesaikan status beliau yang muflis sebelum ini. 

Azhar  yang berusia 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 8 malam tadi selepas hadir memberi keterangan apabila siasatan awal mendapati suspek menerima rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek bernilai RM56 juta tersebut sekitar Ogos 2019.

Kes bekas Setiausaha Politik Mat Sabu ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

Mat Sabu merupakan Presiden kepada Parti Amanah Negara atau PAN di mana beliau dan pegawai-pegawainya wajar menunjukkan sifat dan teladan yang baik, berintegriti tinggi serta menjaga amanah rakyat seperti juga nama parti beliau yang juga dikenali sebagai AMANAH. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts