SIAPA SEBENARNYA ‘KING MAKER’ DI DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-15?

531
SHARES
1.7k
VIEWS

SIAPA PERLUKAN SIAPA?

Isu paling hangat hari ini ialah bila Pilihan Raya Umum ke-15 akan di adakan?

Sama ada sebelum Bajet, iaitu bulan Oktober atau awal November.

Atau selepas Bajet iaitu Januari 2021.

Isu kedua paling hangat, Isu UMNO tidak perlukan BERSATU.

UMNO hanya perlukan PAS sahaja untuk menghadapi PRU ke-15.

Kononnya UMNO dengan PAS, Dua parti ini boleh memerintah negara semula.

Kononnya, dengan Muafakat Nasional, UMNO can come back to their Glory Days, from 1957 until 2018.

Kononnya, grass roots minta pemimpin UMNO demand semula kerusi-kerusi dari Ahli Parlimen UMNO yang lompat ke parti BERSATU.

Terutama kerusi Parlimen Mersing, Johor, dari mulut celupur Dr. Latif, Menteri Luar Bandar, yang sombong dan arrogant.

Kesombongan Dr. Latif, meniupkan api kemarahan dari pemimpin dan ahli-ahli UMNO di akar umbi.

SIAPA SEBENARNYA ‘KING MAKER’? 

Ada yang kata – Parti PAS akan jadi King Maker dalam PRU ke 15.

Ada yang kata – UMNO & BN bersama PAS, sudah cukup untuk memerintah Putrajaya, tidak perlu BERSATU.

Ada yang kata, Abang Joe GPS Sarawak akan menentukan siapa bakal Perdana Menteri selepas PRU ke-15.

Ada yang kata, Sabah dan Sarawak penentu segala-galanya.

HAKIKAT SEBENARNYA:

Tidak ada King Maker. Tidak ada Parti Penentu di dalam PRU ke-15 ini.

Yang sebenarnya, Gabungan Parti-Parti di dalam Perikatan Nasional ini, memerlukan satu sama lain, masing-masing saling memerlukan untuk terus berkuasa.

Pemimpin UMNO tidak perlu sombong dan mendabik dada, kononnya mereka kini sudah cukup kuat dan diterima rakyat selepas kalah pada PRU ke-14.

Pemimpin BERSATU, tidak perlu sombong, walaupun ketika ini, Presiden BERSATU merupakan Perdana Menteri Malaysia.

Dr. Latif tidak perlu arrogant, dia masih perlukan undi ahli-ahli UMNO di Mersing untuk menang.

PAS tidak perlu rasa mereka penentu segala-galanya. PAS perlukan rakan politik yang kuat untuk terus berada di dalam kerajaan.

Parti Amanah terus menjadi saingan kepada PAS.

GPS tidak perlu rasa mereka King Maker. Kerana tanpa UMNO, PAS dan BERSATU, GPS juga tidak akan dapat berada di dalam Kerajaan Persekutuan.

Tambahan pula, Sarawak bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri.

SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA:

Tidak ada satu parti atau dua parti yang benar-benar kuat untuk memerintah negara ini.

Kita perlukan semua parti di bawah naungan Perikatan Nasional untuk berjaya menghadapi PRU ke-15.

Ini Dynamics of New Politics di Malaysia.

Ini realiti politik negara masa kini.

Jangan ulang kesilapan yang silam. 22 bulan yang amat menyiksa rakyat.

Sudah-sudahlah beri peluang kepada DAP, PKR dan Tun Mahathir memerintah negara ini.

MEREKA GAGAL.

MEREKA FAIL.

MEREKA MENGHANCURKAN NEGARA.

Salam.

DSBA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts