PEMUDA PAS SERU WARTAWAN PRAKTIS NILAI-NILAI AKHLAK ISLAM

361
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

11 Julai 2020 | 20 Zulkaedah 1441 H

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin melahirkan rasa kecewa terhadap laporan berita oleh wartawan Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang tidak cukup maklumat, tidak beretika, dan menyimpang daripada fakta realiti yang sebenar. Pemuda PAS berpendapat Al Jazeera gagal memahami strategi dan SOP Kerajaan Malaysia yang terbukti efektif dalam menangani pandemik COVID-19 sehingga Malaysia diiktiraf sebagai negara terbaik menangani pandemik tersebut yang merosakkan kebanyakan negara-negara besar di dunia pada hari ini.

2. Pemuda PAS juga pada hari ini ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada pihak berkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia dan PDRM yang mengambil tindakan pantas ke atas individu-individu yang terlibat bagi membantu penyiasatan untuk menyelesaikan isu ini melalui undang-undang yang telah diperuntukkan. DPPM percaya, pihak berkuasa Kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan secara bijaksana dan menyelesaikan isu ini dalam kadar yang segera.

3. Di samping itu, Pemuda PAS menuntut penjelasan daripada YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia di atas tindakan disiplin yang dikenakan kepada saudari Herleena Pahlavy, wartawan Bernama TV. Pendirian kami setiap daripada tindakan disiplin yang diambil mestilah berlandaskan kepada asas yang jelas seperti yang telah termaktub di dalam undang-undang sedia ada.

4. Akhirnya, Pemuda PAS menyeru kepada seluruh wartawan sama ada di dalam atau di luar negara untuk menginsafi dan mempraktikkan etika atau akhlak kewartawanan Islam agar dunia kita lebih sejahtera, aman dan tenteram.

Ir. KHAIRIL NIZAM KHIRUDDIN

Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts