RESPONS TERHADAP KENYATAAN MEDIA “KELUARGA ADIB BERDUKACITA DENGAN PDRM” 

377
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Hj. Aminuddin Yahaya

12 Julai 2020

Saya meneliti kenyataan yang keluarkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) baru-baru ini mengenai perkembangan “Kes Pembunuhan Muhammad Adib” dan saya merasakan kenyataan beliau itu tidak wajar kerana seolah-olah membelakangi bukti-bukti yang diberikan dalam mahkamah.

Pihak mahkamah sendiri menyatakan dalam laporan inkues bahawa terdapat elemen berlakunya pembunuhan. Saya kesal dengan kenyataan KPN yang seperti mahu buat kesimpulan bahawa pembunuhan tidak berlaku hanya kerana siasatan sukar dibuat.

KPN sepatutnya menyatakan agar siasatan akan diteruskan sahaja tanpa mengulas lanjut sebegitu kerana yang paling penting sekarang ialah untuk menangkap semula suspek-suspek yang pernah dilepaskan dahulu, bukannya terus membuat kesimpulan.

Saya merasakan perkara ini sangat serius dan bukan boleh mengeluarkan sebarangan kenyataan kerana saya bimbang jika ada implikasinya.

Pihak mahkamah telah arahkan pihak polis membuat siasatan, maka teruskanlah tanpa banyak dalih lebih-lebih lagi yang mati ini adalah penjawat awam juga.

Yang paling menyedihkan ialah perasaan dan keadaan keluarga Adib yang masih sedih dan trauma. Maka, kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan pasti amat menyakitkan mereka.

Berikut adalah kenyataan media keluarga Adib yang kesal dengan kenyataan KPN tempoh hari.

Rujuk “KENYATAAN MEDIA: KELUARGA ARWAH ADIB KECEWA DENGAN PDRM” di pautan: https://editormalaysia.com/15738/

Semoga ada keadilan buatmu, wahai Adib.

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Pengerusi gabungan NGO Islam

(PEMBELA)

12 Julai 2020

https://www.facebook.com/450309788374603/posts/4087581937980685/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts