CONTENGAN MURAL: SULTAN SELANGOR MURKA, SIFATKAN SEBAGAI BIADAP DAN BERMOTIFKAN POLITIK KEBENCIAN

371
SHARES
2.2k
VIEWS

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin di dinding bangunan kedai di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Alam Shah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap jenayah vandalisme yang dilakukan di dinding bangunan kedai di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah Alam. 

Baginda bertitah, contengan kata-kata kesat di atas lukisan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah serta beberapa pemimpin lain sebagai perbuatan yang sangat biadab.

Beta juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di Selangor apatah lagi beta amat menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya.” 

Beta berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.”

Terkini, menerusi rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian, kelihatan dua wanita atau remaja perempuan melakukan perbuatan biadap dan terhina tersebut serta diharapkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat mengenalpasti pelakunya dalam masa yang terdekat.

Video rakaman kamera litar tertutup tersebut boleh dilihat di pautan; https://youtu.be/mcmcHnbVS8Q

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts