BUKAN HANYA RCI TETAPI WAJIB DAPATKAN KEMBALI HARTA DAN ASET-ASET TABUNG HAJI

1.1k
SHARES
3.5k
VIEWS

1. Selain gesaan ramai pihak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dilaksanakan, PENJUALAN ASET-ASET TERMASUK 77,000 HEKTAR LADANG-LADANG SAWIT MILIK TABUNG HAJI WAJIB DIDAPATKAN KEMBALI DENGAN APA CARA SEKALIPUN, tidak kira secara pembatalan penjualan ataupun melalui tindakan mahkamah

2. RCI amat penting bagi mengetahui kebenaran tetapi yang paling utama agar harta dan aset-aset yang terjual sebelum ini berjaya didapatkan kembali sepenuhnya dan wujudkan mekanisme agar ia dipelihara selama-lamanya

3. HADAPKAN MEREKA YANG TERLIBAT KE MUKA PENGADILAN termasuk menteri yang meluluskan, CEO dan pegawai kanan Tabung Haji lain termasuk pembeli kerana berkonspirasi memindah milik dan menjual lambak harta-harta dan aset-aset milik orang Islam kepada orang bukan Islam

4. Ia jelas suatu konspirasi kerana pembeli sudah tersedia menanti, seolah-olah bersedia menerima ‘ghanimah’ walaupun penjualan tersebut kononnya kerana Tabung Haji mengalami kerugian

5. Persoalan lain, jika benar ingin membantu Tabung Haji, KENAPA PERLU JUAL KEPADA INDIVIDU DAN SYARIKAT MILIK BUKAN ISLAM? 

6. RCI berupaya mendedahkan salah laku serta niat buruk semua yang terlibat termasuk kebenaran untung rugi Tabung Haji yang ‘dimomokkan’ selama ini oleh Pakatan Harapan sebagai punca penjualan aset-aset tersebut

7. Namun yang paling penting, semua yang terjual didapatkan kembali dengan apa cara sekalipun hatta mendapat campur tangan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sendiri demi maslahat umat Islam di negara ini

8. Jika perjuangan demi mendapatkan kembali harta dan aset milik umat Islam ini menjadi agenda utama kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka ia bukan sahaja bakal mendapat ganjaran pahala tidak terkira di akhirat kelak bahkan akan mendapat ‘kelebihan’ di dunia apabila “nama semakin harum” – apatah lagi selepas beliau berjaya menangani pandemik Covid-19 dengan cekap dan cemerlang

8. Jika tidak, parti-parti lain termasuk NGO Islam lain bekerjasama menjadikan perjuangan mendapatkan kembali harta dan aset-aset Tabung Haji yang telah dijarah sebelum ini jika ia tidak menjadi keutamaan kerajaan ketika ini

9. Bagi mengelakkan terjadi lagi di masa hadapan, walaupun berlaku lagi pertukaran kerajaan, Tabung Haji wajar dipisahkan dari kerajaan yang memerintah, lebih baik diletakkan di bawah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu agar kerajaan yang berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya menjual atau memindah milik harta dan aset umat Islam seperti yang dibuat oleh Pakatan Harapan

10. Semua pihak wajar bersatu dan berusaha kerana ini adalah antara agenda Islam terbesar di negara ini bagi mendapatkan kembali aset-aset yang terjual termasuk MENGEMBALIKAN MARUAH DAN NAMA BAIK TABUNG HAJI YANG TERCALAR DI BAWAH PAKATAN HARAPAN

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts