MENYAMAKAN RASULULLAH SAW DENGAN PELARIAN ADALAH KEJAHILAN PRESIDEN PAN

334
SHARES
1.1k
VIEWS

Selangor PAS Youth (SPY) Corner

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Saya mengikuti perbahasan YB Mohammad Sabu (MP Kota Raja) yang menyamakan hijrah Rasulullah dengan skop pelarian.

Suka untuk saya nyatakan beberapa perkara bagi menyedarkan kejahilan tersebut:

1) Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah adalah perintah daripada Allah SWT

2) Masyarakat Yathrib menjemput Baginda Nabi SAW

3) Hijrah Nabi SAW ke Madinah adalah bagi mengembangkan Islam

4) Baginda Nabi SAW berada di Mekah bertahan selama 13 tahun menyebarkan Islam. Tidak timbul soal Nabi SAW menjadi pelarian. Nabi ke Madinah bagi memenuhi perintah Allah SWT

5) Kerajaan hanya menangkap pendatang tanpa izin. Yang mana mereka melanggar arahan PKP dan menyebabkan penyebaran wabak Covid 19. Pelarian Yaman, Syria dan lain -lain tetap diberikan perlindungan dan hak mereka terbela.

Perkara-perkara seperti ini saya yakin para pelajar PASTI lebih memahaminya daripada Presiden PAN. PASTI membuka pintu yang luas untuk Presiden PAN mendapat pendidikan daripadanya.

Mohon para asatizah PAN menegur Presiden dan pimpinan kalian atau gantikan yang lebih berpendidikan.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan ucapan pimpinan PAN yang mengatakan “Nabipun mungkir janji”.

Tersangat ganjil pimpinan PAN yang seolah-olah menjadi kebiasaan merendahkan Rasulullah SAW dengan ungkapan yang tidak sewajarnya, apatah lagi diucapkan dalam Parlimen.

Bagi pihak Pemuda PAS Selangor kami MENGGESA agar Presiden PAN BERTAUBAT, MEMOHON MAAF dan MENGOSONGKAN KERUSI Parlimen Kota Raja.

Sekian

Mohamed Sukri Omar

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

6 Zulhijjah 1441H | 27 Julai 2020

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3454708841206937&id=450332874977897&sfnsn=mo

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts