MAT SABU FITNAH RASULULLAH SAW SEBAGAI PELARIAN?

305
SHARES
984
VIEWS

Setiap orang Islam sama ada yang cuai atau yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agamanya akan tetap menyanjung tinggi Rasulullah SAW walau di mana mereka berada dan tidak akan sanggup membuat fitnah ke atas Baginda Rasulullah. 

Melainkan beliau seorang Syiah yang mengaku Islam tetapi sebenarnya tidak mengiktiraf Baginda Nabi SAW maka sememangnya tidak kisah untuk membuat fitnah, dengan mengatakan perkara-perkara yang tidak betul atau menggunakan nama Baginda bagi ‘menghalalkan’ sesuatu percakapan ataupun tindakannya. 

Jika Syiah, memang tidak pelik jika mereka memfitnah Rasulullah SAW, kerana mereka hanya mengagungkan Saidina Ali R.Anhu dan keluarganya sahaja malah sehingga sanggup mengkafirkan Sahabat-sahabat R.Anhum yang lain, yang jelas menunjukkan Syiah ini sesat. 

Rujuk artikel “Benarkah ada Syiah yang tidak sesat?” di pautan; https://editormalaysia.com/1678/

Rujuk “Netizen pertikai Mat Sabu ke masjid Syiah” di pautan;

https://editormalaysia.com/2818/

Rujuk “Benarkah Menteri Pertahanan menganut ajaran yang difatwakan sesat oleh JAKIM?” di pautan;

https://editormalaysia.com/9670/

Tidak mungkin seorang Islam, selemah manapun imannya, walau selalu cuai dalam menunaikan perintah Allah Taala dan sering kali pula melakukan apa yang dilarangnya, akan sanggup memfitnah junjungan besar umat Islam di seluruh dunia ini.

Tidak mungkin Nabi Muhammad SAW diletakkan setaraf dengan pelarian malah tidak wujud dalam mana-mana kitab ataupun sejarah yang menerangkan mengenai kisah Nabi dan para Sahabat sebagai pelarian, jika ada perlu ditunjukkan bukti bagi menyokong hujah berkenaan.

Jika tiada, maka jelas Mat Sabu membuat fitnah ke atas Nabi SAW. 

Namun pasti dan pasti tidak wujud dalam mana-mana kitab, hatta dalam lipatan sejarah manapun yang menerangkan Rasulullah SAW sebagai pelarian seperti yang dikatakan oleh Mat Sabu ke atas Baginda SAW.

Tuduhan Mat Sabu ke atas Nabi SAW ini perlu diambil tindakan tegas kerana bukan sahaja fitnah, malah menghina dan seumpama merendah-rendahkan sirah Nabi SAW terutamanya hijrah Baginda dan para Sahabat R.Anhum ke Madinah seperti yang diperintahkan Allah Taala.

Peristiwa besar hijrah ini bukannya kisah pelarian Islam ke Madinah seperti fitnah Mat Sabu ke atas Nabi SAW yang perlu diambil tindakan tegas dan menjadi iktibar agar cukup-cukuplah Rasulullah SAW dan Islam dihina seperti sebelum ini di zaman Pakatan Harapan.

Malah juga bukan seperti sesetengah pendapat yang mengatakan Rasulullah SAW berhijrah kerana ingin mencari negara untuk memerintah, pandangan ini juga tidak tepat kerana Baginda SAW berhijrah semata-mata atas perintah Allah. Ini kerana Nabi SAW pernah ditawarkan takhta, harta dan wanita – yang jelas menunjukkan hijrah Baginda bukan untuk mencari negara untuk memerintah. 

Malah jika perlu, gubal undang-undang agar tiada sesiapa berani menghina mana-mana agama lagi selepas ini terutamanya Islam yang kini semakin berleluasa.

Masyarakat Islam masih belum lupa bagaimana Nabi SAW difitnah oleh Khalid Samad yang juga dari PAN seperti Mat Sabu apabila mengatakan Nabi juga tidak menunaikan janji yang sehingga kini belum diambil tindakan.

Justeru, Mat Sabu bukan sahaja perlu ‘dibetulkan’ faktanya, malah kerajaan terutamanya Menteri Agama dan Kementerian Dalam Negeri perlu bertegas sehingga hukuman ke atas Mat Sabu ini menjadi iktibar bahawa berpolitik ini ada hadnya – agar jangan suka-suka memfitnah Nabi Muhammad SAW atas maksud meraih sokongan politik pihak tertentu.

Tetapi jika Syiah yang memfitnah Nabi SAW, memang tidak peliklah. 

Wallahualam. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts