SELESAI MASALAH AIR KELANTAN AGENDA FREEMASON, SINDIR PEGAWAI ANWAR

80
SHARES
258
VIEWS

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya membuat tuduhan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di negeri tertentu hanya bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Memalukan kerana sepatutnya sebagai ketua dewan ‘ulama’ yang sepatutnya dihormati, wajib menunjukkan contoh teladan yang baik dan bukannya membuat kenyataan menuduh sembarangan. Nama sahaja ketua dewan ulama tetapi perilaku seperti ketua dewan propaganda. Lebih malang, propaganda murahan pula digunakan. 

Oleh kerana itu perkara ini disindir oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim bagi membidas kenyataan Ahmad Yahaya dan berkata bahawa tuduhan tersebut bersifat prejudis terhadap Anwar.

Biasalah tu. Apa yang Perdana Menteri buat semua tak betul. Rumah terbuka pun salah, basmi kemiskinan tegar pun salah.

Silap hari bulan, kalau Perdana Menteri nak pulihkan masalah air di Kelantan pun nanti dianggap agenda Freemason. Sakit. Hati mereka ini sakit,” kata Muhammad Kamil menerusi Twitter kelmarin. 

Justeru itu, PAS yang asyik mencanang sebagai parti Islamik dan kononnya memperjuangkan Islam, wajar kembali ke Al-Quran dan As-Sunnah. Contohilah akhlak Rasulullah SAW sepenuhnya dan janganlah hanya digunakan apabila menguntungkan parti, yang mana tidak menguntungkan akan ditinggalkan.

Bukankah Allah Taala sendiri memerintahkan Baginda agar berlemah-lembut kepada para Sahabat R.Anhum, maka jika insan yang paling mulia di muka bumi inipun diperintahNYA untuk berlemah-lembut dengan Sahabat-sahabat R.Anhum yang seumpama bintang-bintang di langit, inikan pula PAS yang kata perjuang Islam.

Belajarlah berkata-kata dengan baik, didiklah hati agar sentiasa bersangka baik. Usah hipokrit dan ujub rasa lebih baik dan mulia dari orang lain. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts