AIDILFITRI KERAJAAN PERPADUAN DISAMBUT MERIAH

345
SHARES
2k
VIEWS

Alhamdulillah sambutan Hari Raya AidilFitri tahun ini disambut merah di seluruh negara walaupun kesesakan di semua lebuh raya atas kepulangan warga kota ke kampung halaman masing-masing sudah menjadi ‘menu’ tetap setiap tahun.

Bagi warga kota, cuti yang panjang tidak dilepaskan dan rata-rata masih menyambung cuti kerana kepulangan bertemu sanak-saudara di kampung masing-masing amat ditunggu-tunggu ditambah pula dengan cuti persekolahan anak-anak yang agak panjang sehingga hujung minggu ini. Ada juga juga ibu bapa menyambung cuti untuk mengambil peluang bersama keluarga apatah lagi Aidilfitri disambut hanya setahun sekali. 

Walaupun hiruk-pikuk politik serta usaha tumbangkan Kerajaan Perpaduan masih galak dilakukan oleh ahli politik yang gila kuasa serta tidak mahu menjadi Kluster Mahkamah, rakyat jelata umumnya tidak menghiraukan ‘kesibukan’ mereka ini mencatur kuasa.

Ini kerana Hari Raya wajib disambut dengan meriah apatah lagi kesempatan berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak-saudara ini jarang-jarang sekali dapat dilakukan melainkan adanya majlis keraian atau sambutan dan juga sekiranya ada kematian.

Oleh itu, apa jua fahaman politik wajar diketepikan dan bersama-samalah kita bermaaf-maafan.

Selamat Hari Raya AidilFitri, maaf zahir dan batin. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts