PENYELESAIAN BAHARU 1MDB LEBIH MERUGIKAN – HILMI ZAKARIYA

348
SHARES
2k
VIEWS

Hati saya berbelah bahagi ketika membaca kenyataan PMX ini. Dari satu segi, saya gembira sebahagian kerugian 1MDB diperoleh semula. Dari sudut yang lain, saya kecewa apabila penyelesaian USD1.8b (RM8b) yang dibuat itu sebenarnya lebih rendah daripada penyelesaian awal USD4.5b (RM19.9b) yang dibuat pada zaman Dato’ Sri Mohd Najib dahulu

Ceritanya begini. Duit 1MDB memang dicuri. Tetapi ia tidak dicuri daripada perbendaharaan 1MDB. Ia dicuri daripada kesilapan dan kecuaian IPIC. IPIC ini adalah syarikat milik kerajaan negeri Abu Dhabi (negara UAE). 

Maka disebabkan kesilapan tersebut, Najib telah berusaha mendapatkan kembali wang 1MDB. Jadi satu perjanjian telah dibuat ketika beliau masih lagi PM dan IPIC bersetuju membayar semula USD4.5b kepada 1MDB sebelum Disember 2020.

Disebabkan perkara ini sudah melibatkan 2 negara, maka ia dibincangkan dengan penuh diplomasi supaya hubungan diplomatik tidak terganggu.

Ingat tak pendedahan Latheefa Koya (ketika itu Pesuruhjaya SPRM) pada awal 2020 berkenaan rakaman perbualan telefon antara Najib dan Putera Mahkota Abu Dhabi? Ya, mengenai isu inilah.

Namun apabila PH berkuasa pada 2018, kerajaan pada ketika itu abandon usaha awal yang dibuat Najib. Sebaliknya lebih berminat untuk membuat tuntutan mahkamah yang memanjangkan cerita dan merosakkan hubungan baik Malaysia-UAE.

Ini kerana jika duit USD4.5b itu dipulangkan, maka 1MDB boleh menyelesaikan banyak liabilitinya. Jadi tiadalah lagi isu 1MDB yang boleh diguna untuk membunuh karakter Najib. Tidak boleh lagi mahu kata Najib curi duit 1MDB.

Sebab itu apabila kerajaan TSMY naik pada Mac 2020, Najib beberapa kali meminta agar kesilapan kerajaan PH itu jangan diulang. Jangan ambil duit 1MDB sikit-sikit, bawa pulang sampai habis menerusi perjanjian lama yang sudah dibuat

Malangnya kerajaan Muhyiddin sambung apa yang sudah dibuat pada zaman PH. Dan apabila UMNO bergaduh semula dengan PPBM selepas itu, isu 1MDB ini menjadi modal politik PN pula. 

Hari ini kerajaan Anwar Ibrahim buat perkara yang lebih baik sedikit berbanding kerajaan PH dan PN. Beliau dapatkan kembali penyelesaian USD1.8b dan hubungan dengan UAE pulih semula. Saya difahamkan hasil diplomasi ini UAE setuju untuk commit tambahan USD1.5b pelaburan baru untuk Malaysia. 

Tetapi ia masih kurang USD 2.7b (RM11.9b) daripada USD4.5b yang diusahakan pada zaman dahulu. Mungkin sebab negara sudah hilang upper hand apabila abandon perjanjian lama. Atau mungkin Anwar sendiri tidak mahu ambil risiko bicara di mahkamah yang memungkinkan kita tidak dapat apa-apa. 

Apa sekalipun, kerana dendam dan persaingan politik, negara hilang peluang untuk mendapatkan semula RM11.9b.

Mahal atau murah, itulah harganya. 

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts