FADILAH NAFI ADA GERAKAN TUMBANGKAN KERAJAAN

340
SHARES
2k
VIEWS

Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan adanya sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. Dalam masa yang sama sejak awal Mac, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri sudah beberapa kali memberi amaran mengenai usaha menumbangkan kerajaan.

Tentu maklumat tepat dan terkini termasuk yang tidak diketahui umum melalui kumpulan risikan domestik ada pada Perdana Menteri. Rujuk berita “Anwar tidak gentar ugutan jatuhkan kerajaan” bertarikh 18 Mac 2023 di pautan;

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/03/1078466/anwar-tak-gentar-ugutan-nak-jatuhkan-kerajaan

Haji Hadi juga pada 6 Mac dengan angkuh mengaku adanya usaha Perikatan Nasional bagi menumbangkan kerajaan serta tiada sesiapa boleh menghalangnya. Rujuk berita “PAS akui PN rancang ‘jatuhkan’ Kerajaan Perpaduan, tiada siapa boleh halang” di pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-politik/pas-akui-pn-rancang-jatuhkan-kerajaan-perpaduan-tiada-siapa-boleh-halang-409463%3famp=1

Baca juga kenyataan angkuh Hadi melalui berita “PN berhak rancang tumbangkan kerajaan” di pautan; https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/03/1073144/pn-berhak-rancang-tumbangkan-kerajaan

Jelas, walau dinafikan oleh Fadilah, usaha menumbangkan kerajaan ini sememangnya wujud. Belum lagi mengambil kira bukti-bukti lain termasuk penawaran jawatan Perdana Menteri kepada Sarawak yang sudah diusahakan sejak November 2022. Kemudiannya didedahkan oleh Pengarah Komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam pada bulan Mac. Sekali lagi berlaku pada bulan April, ada pihak tertentu yang terlibat dalam rundingan Sarawak-Perikatan Nasional turut membuat pendedahan.

Ironinya, tindakan Fadilah menafikan adanya usaha menumbangkan kerajaan ini menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan rakyat terutamanya di Sarawak yang mahukan stabiliti dan bukannya asyik berpolitiking. Apatah lagi apabila Perdana Menteri sendiri sudah mengesahkannya dan diakui juga oleh Haji Hadi dan Perikatan Nasional.

Apapun kita tunggu penafian daripada individu yang ditawarkan jawatan Perdana Menteri tersebut. Jangan hanya di depan berlagak baik tetapi di belakang bersalaman dengan musuh. Ini hanya akan ‘membuka pintu’ untuk Sarawak pula menjadi seperti UMNO, dilemahkan daripada dalam oleh Perdana Menteri boneka yang dikawal Perikatan Nasional. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts