1. Krisis politik di negeri Sabah kini hampir di penghujungnya apabila DUN Sabah dibubarkan dan Sabah akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri dalam waktu terdekat ini.
2. Keadaan politik terkini di Sabah, memperlihatkan banyak parti-parti politik Melayu Islam akan bertanding di PRN Sabah ini.
3. Parti USNO Sabah kelihatan akan cuba membuat political come back dengan melantik Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Mulia sebagai Ketua Umum Parti Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO).
4. Pandikar Amin dan beberapa pemimpin kanan parti USNO dijangka akan bertanding.
5. Manakala, Anifah Aman pula kelihatan memulakan gerakan politik beliau dengan membina satu parti politik baru, yang akan mempertahankan hak-hak serta mengembalikan kepentingan rakyat Sabah.
6. Parti baru Anifah Aman ialah Parti Kesedaran Rakyat Sabah (dahulunya Parti Cinta Sabah).
7. Dengan perkembangan terkini ini, PRN Sabah berkemungkinan besar akan memperlihatkan pertandingan pelbagai penjuru di antara UMNO, WARISAN, PKR, BERSATU, USNO, Parti Kesedaran Rakyat, PBS, STAR dan lain-lain parti.
8. Tidak pasti pertandingan pelbagai penjuru ini akan menguntungkan siapa?
9. Apa yang pasti, segala-galanya kini berada di tangan rakyat Sabah.
10. Mandat dipulangkan semula kepada rakyat.
11. Rakyat yang bakal menentukan kepimpinan baru Kerajaan Negeri Sabah.
12. Apa yang pasti juga, rakyat cerdik dan pandai menilai, parti yang mana satu benar-benar akan…
MEMBERIKAN A NEW DEAL KEPADA RAKYAT SABAH.
Salam.
DSBA
Putrajaya