PRN SABAH: UMNO PERLU LAKUKAN ‘POST MORTEM’ MENGENAI DAKWAAN ANNUAR MUSA

466
SHARES
2.7k
VIEWS

Tan Sri Annuar Musa membuat satu analisa mengenai apa yang berlaku di Pilihan Raya Negeri Sabah antaranya mengenai jawatan Ketua Menteri Sabah yang heboh diperkatakan.

Jika kenyataan beliau ini bertepatan dengan apa yang berlaku di sana maka pimpinan UMNO sewajarnya membuat ‘post mortem‘ menyeluruh mengenai dakwaan Annuar tersebut agar ia tidak berulang.

Sekiranya benar berlaku seperti yang dinyatakan maka perkara ini perlu mendapat perhatian serius seluruh pimpinan UMNO terutamanya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang bakal menjelang, yang dikhuatiri akan merugikan semua pihak jika tidak ditangani awal. 

Berikut merupakan pandangan beliau mengenai PRN Sabah;

PRN SABAH 2020: SATU PANDANGAN PERIBADI – ANNUAR MUSA

1) Saya terbaca banyak artikel pasca PRN dan banyak juga ditulis fakta yang tidak tepat dan bersifat ‘hearsay’

2) Saya terpanggil untuk menulis berasaskan maklumat ‘first hand‘ dan kongsi pengalaman. Jika ia khilaf, adalah kerana khilafnya tafsiran saya sendiri.

3) Jawatan CM sebenarnya ditawar kepada UMNO oleh pimpinan PPBM sebelum penamaan calon. Silap UMNO ialah tidak menyahut tawaran itu, dan kita ada pendekatan kita sendiri. Pendekatan itu menimbulkan kerumitan apabila jumlah kerusi BN jauh lebih rendah dari yang diharapkan

4) BN Sabah terlalu yakin memenangi 26-27 kerusi. Lapuran pengundi putih pada awalnya begitu meyakinkan 27/41 kawasan melepasi sasaran stock putih.

5) Malangnya pada ‘D Day’ tidak sampai separuh yang diterjemah kepada ‘keluar’ dan ‘undi’ (GOTV)… ini paling rendah berbanding semua PRK sebelum ini. Menjelang pukul 3.00 petang di hari mengundi hanya 7/41 melepasi garis kritikal. Ertinya jentera masih lemah atau data tidak tepat dan salah cuba

6) Isu pertandingan ‘friendly‘ sesama sendiri yang berlaku ditulis banyak pihak. Tidak kurang tuduh-menuduh. Pada pemerhatian saya ia bukan berpunca dari PPBM, malah UMNO dan PPBM tidak BERTEMBUNG. Ia bermula apabila PBS mahu banyak kerusi dengan LAMBANG sendiri. Setelah masing-masing tidaak beralah, berlakulah “free for all” di kebanyakan kerusi BBI (Bumiputera bukan Islam)

7) Tiga hari sebelum mengundi YAB PM dalam satu mesyuarat koordinasi mencadangkan kompromi antara parti dengan cara “TARIK SATU, DAPAT SATU” melibatkan 8 kerusi, malangnya masing-masing enggan beralah. Hasilnya hampir semuanya kalah di situ

8) Bung membuat satu pengakuan menarik bahawa calon-calon muda dan baru kurang upaya menyaingi calon-calon ‘established’. ia suatu pengajaran yang boleh sama-sama kaji

9) Daripada pemerhatian saya ‘politik konfrontasional’ yang wujud dalaman UMNO Sabah agak merugikan. Sekiranya ‘politik rekonsiliasi’ dipakai, mungkin lebih banyak kerusi boleh dimenangi

10) Begitu juga percubaan mendapatkan banyak kerusi untuk bertanding tidak semestinya untung. Yang lebih penting adalah kerusi yang dimenangi, bukan yang ditandingi. BN bertanding 41, menang cuma 14. PN bertanding 27 tapi menang 17.

11) Keharmonian jentera antara BN dan PN juga bermasalah di banyak tempat. Banyak bergerak dalam ‘silo’ masing-masing, baik pemimpin di bawah, mahupun di atas.

12) Secara keseluruhan, UMNO DAN BN SABAH BERJAYA menumbangkan kerajaan WARISAN tetapi bukanlah mudah. Namun BUNG dan BN Sabah sudah berjaya melakukannya

13) Meskipun kecewa jumlah yang dimenangi hanyalah 14 kerusi, tidak seharusnya terlalu berpendirian negatif dan rasa gagal. Pada saya UMNO SABAH MENCAPAI KEJAYAAN YANG BESAR… Daripada tinggal hanya satu kerusi pada PRU 2018, kini UMNO SABAH mempunyai 14 ADUN, bersama 1 jawatan TKM, 4 MENTERI, mungkin 5-6 TIMBALAN MENTERI, 2 ADUN DILANTIK, TIMBALAN SPEAKER DAN LAIN-LAIN.

15) Kita harus percaya, kejayaan itu adalah hasil politik MUAFAKAT. Malah persengketaanlah yang telah menyebabkan kita kehilangan beberapa kerusi. GRS sepatutnya boleh memenangi 10 lagi kerusi.

Akhir kata usah kita lebarkan perpecahan yang amat didambakan musuh politik kita. ‘Troopers” mereka bergentayangan di alam siber dan menyamar kononnya mereka sebagai grassroot UMNO dan cuba melaga-lagakan anggota BN-MN-PN.. Kerana kiranya itu mereka berjaya, maka berjayalah mereka menewaskan kita di PRU akan datang

BERMUAFAKATLAH, BERSATULAH KERANA ITULAH KEKUATAN KITA. Kelemahan kita, kita perbaiki bersama In sya Allah.

Tan Sri Annuar Musa

Bukit Damansara 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts