PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO WAJAR DIPERCEPATKAN – ASYRAF WAJDI

384
SHARES
2.3k
VIEWS

(Syabas! Tiada masa untuk berbulan madu, terus bekerja demi rakyat)

Inilah antara inti pati utama kempen kami Pemuda BN sepanjang menjelajah ke seluruh pelusuk Sabah. Projek Pan Borneo yang terhenti sejak PH-Warisan memerintah sepatutnya menjadi suatu ‘game changer’ atau nukleus transformasi utama buat rakyat Sabah.

Projek Pan Borneo bukan sekadar lebuh raya yang menghubungkan setiap daerah yang jauh di pedalaman semata-mata, tetapi kesan gandaan ekonomi ‘multiplier economic effect’ ke atas seluruh Sabah bakal menyaksikan rakyat Sabah tidak lagi ketinggalan dari segi infrastruktur asas tetapi mampu merubah lanskap dan taraf sosio-ekonomi mereka secara radikal.

Bukan itu sahaja, sebagaimana yang pernah dihasratkan Kerajaan BN di bawah Najib Razak sebelum jatuh pada 2018, lebih 250,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak muda bakal terhidang sekali gus mengurangkan fenomena penghijrahan anak muda Sabah ke Semenanjung untuk mencari kerja hingga terpaksa meninggalkan keluarga bahkan natijah masalah sosial yang lain dapat dihindari.

Syabas Datuk Seri Bung Mokhtar yang tidak menunggu lama jauh sekali berbulan madu dengan portfolio baharu untuk terus BEKERJA DAN BERJUANG DEMI RAKYAT. Itulah asas perjuangan UMNO-BN yang mesti terus disemarakkan.

Dicadangkan juga agar diwujudkan satu WEBSITE KHAS yang mengemaskini perkembangan Projek Pan Borneo ini dari semasa ke semasa termasuk soal kos dan perlaksanaannya agar TELUS dan rakyat dapat menilai dan memantau usaha yang dilakukan kerajaan.

Oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts