KENYATAAN ANNUAR MUSA MENGUNTUNGKAN SIAPA?

1.4k
SHARES
4.7k
VIEWS
Apa yang didedahkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa bukan merungkai kemelut di PRN Sabah tetapi sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan.

1. Annuar sepatutnya mendapatkan pandangan Presiden UMNO terlebih dahulu daripada ‘tiba-tiba’ membuat kenyataan yang terlihat lebih menyebelahi Bersatu berbanding parti sendiri. Seperti pesanan Tan Sri Shahrir Samad, “Ingat pada parti dan permuafakatan asal.”

2. Selain itu kenapa Annuar tidak maklumkan kepada Presiden dan pimpinan tertinggi UMNO terlebih dahulu agar semuanya selaras untuk dimaklumkan kepada akar umbi, apatah lagi apabila ia melibatkan strategi parti – yang sepatutnya tidak didedahkan semberono.

3. Menurut Annuar juga, ‘politik rekonsiliasi’ lebih baik daripada ‘politik konfrontasi’ – ini benar jika tiada rakan politik yang suka mengambil kesempatan. ‘Rekonsiliasi’ hanya akan berjaya apabila semua pihak bersikap adil dan sama-sama rela berkorban. 

4. Ini yang kerap dibangkitkan oleh ramai pemimpin UMNO termasuk Ahli Parlimennya sendiri yang juga bersama Annuar mendukung sementara kerajaan Perikatan Nasional ketika berlakunya Langkah Sheraton, yang difikirkan paling sesuai ketika itu. 

5. Seperti yang dikatakan Tok Mat, “UMNO mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui Langkah Sheraton adalah demi menyelamatkan negara. Episod itu telah berakhir.” 

6. Tetapi malangnya apabila ada beberapa pemimpin UMNO antaranya Datuk Asyraf Wajdi, Datuk Nazir Hussin dan Tok Mat sendiri mengeluarkan pandangan memihak kepada UMNO selepas PRN Sabah, Annuar membuat kenyataan yang boleh diistilahkan sebagai ‘counter‘  atau membalas kenyataan pemimpin UMNO lain. 

7. Beliau dilihat membuat tindakan tersebut walaupun pemimpin-pemimpin UMNO hanya memberikan pandangan atas kapasiti masing-masing dalam parti dan tujuannya adalah semata-mata demi mempertahankan UMNO.

8. Sama juga seperti ketika YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sebelum ini menyarankan agar Ahli Parlimen UMNO yang dilantik ke Kabinet agar menarik diri – turut disanggah oleh Annuar sedangkan saranan Ku Li dibuat atas kapasitinya sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO dan semata-mata demi mempertahankan parti. 

9. Berbeza dengan kenyataan terkini Annuar yang seolah-olah dibuat atas kapasiti Bersatu dan Perikatan Nasional, kerana jelas beliau mempertahankan mereka dan dalam masa yang sama meletakkan kesalahan atas UMNO.

10. Justeru timbul persoalan sama ada Annuar kini Setiausaha Agung Perikatan Nasional atau Barisan Nasional? Agak lucu kerana kebelakangan ini kenyataannya tidak lagi menguntungkan dan menyebelahi partinya sendiri.

Wallahualam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts