MAMPUKAH GUAN ENG DAN MAT SABU MAKAN SUPER RING LAGI?

1.9k
SHARES
11.3k
VIEWS

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terkenal dengan ‘troll‘ sensasinya melalui makanan ringan ‘Super Ring’ – sejenis makanan ringan yang kini menjadi fenomena apabila seorang budak perempuan membuat demonstrasi ganjil “Siapa Muhyiddin? Aku tak undi Muhyiddin?” yang akhirnya makan diri menjadi bahan lawak di seluruh negara.

Kemudiannya beberapa pemimpin Pakatan Harapan termasuk Mat Sabu dan Lim Guan Eng cuba ‘troll‘ Najib menggunakan makanan ringan yang sama sebaik sahaja Najib disabitkan bersalah oleh Hakim Mahkamah Tinggi, kononnya ingin menyindir Najib. 

Tetapi strategi troll Guan Eng ini juga makan diri. 

Adakah Guan Eng masih boleh makan Super Ring apabila berita terkini penahanan dan pendakwaan beliau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini telah menjadi realiti? 

Apatah lagi baju tahanan SPRM juga berwarna oren, sama seperti warna Super Ring yang rasanya lemak-lemak manis itu.

Guan Eng dan Mat Sabu tentu hanya boleh tersenyum kelat ketika ini tatkala Najib masih boleh tersenyum girang sambil menikmati Super Ring kegemaran beliau dan troll semua orang di Facebook. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts