Pertuduhan terhadap Lim Guan Eng pada hari ini dan 10 Ogos nanti adalah berkaitan dengan rasuah projek terowong Pulau Pinang.
Tetapi pertuduhan pada 11 Ogos 2020 dikaitkan dengan rasuah pembelian banglo. Rujuk;
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, Guan Eng sudahpun didakwa berkaitan kes banglo tersebut. Tetapi apabila dilantik Menteri, kes itu digugurkan.
Oleh siapa? Tentulah Tommy Thomas. Siapa belakang Tommy Thomas? Siapa lagi, kalau bukan Tun Mahathir.
Sekarang, bila kerajaan PH tumbang, Guan Eng didakwa semula atas kes yang sama.
Itu membuktikan keputusan menggugurkan kes rasuah banglo disengajakan dan ada campur tangan politik. Itu dosa besar.
Mesti ada yang bertanggungjawab? Rakyat berhak menuntut mereka itu dihukum. Atau tubuh RCI supaya siasatan bebas dibuat.
Mereka itulah ‘penjahanam’ yang menjahanamkan keadilan di Malaysia
Semoga Guan Eng dapat berkongsi pengalaman seronoknya tidur satu malam di lokap SPRM. Mungkin tiga larut malam.