WALAUPUN PHANG LI KOON DAN ISTERINYA DITAHAN, GUAN ENG MASIH BERNASIB BAIK…

2.1k
SHARES
12.3k
VIEWS

Masih terngiang-ngiang sorakan penyokong Pakatan Harapan apabila bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya disiasat oleh SPRM dan pihak polis. 

Betapa Najib dan keluarga cuba dimalukan, rumah diserbu di tengah malam sehingga ke awal pagi malah bukan sahaja rakan-rakannya dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO tetapi pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang berkhidmat di bawahnya juga ‘diganggu’ teruk dengan pelbagai pertuduhan tidak masuk akal termasuk rumah diserbu seperti yang berlaku terhadap Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Peralihan kuasa memang memeritkan, tetapi Pakatan Harapan telah tersilap membuka ‘Kotak Pandora’ yang disangka mereka membawa kebaikan namun rupa-rupanya membawa musibah kemusnahan. 

Kini bukan sahaja bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang ditangkap dan akan didakwa, malah isteri dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang menjual rumah banglo murah di bawah harga pasaran kepadanya juga ditangkap – dipercayai atas pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Dijangkakan selepas ini akan ada ramai lagi yang akan dihadapkan ke muka pengadilan atas pelbagai pertuduhan yang selama ini didiamkan oleh Pakatan Harapan termasuk kes pengganas LTTE.

Isu Tabung Haji juga diharapkan akan berlaku perkara yang sama, akan ada ramai yang ditangkap atas kesalahan yang dilakukan tidak kira dari parti mana sekalipun. 

Jika selama 22 bulan Pakatan Harapan cuba mengelak kes ini termasuk membuangnya, namun kuasa Allah Taala menentukan tidak selamanya DAP dan Pakatan Harapan berada di puncak kuasa. 

Guan Eng memang perlu risau kerana jika seorang bekas Perdana Menteripun boleh disiasat dan didakwa di mahkamah, inikan pula beliau yang langsung tidak tahu membuat kerja sebagai Menteri Kewangan – inilah implikasi apabila tersilap buka Kotak Pandora tersebut yang akhirnya membawa padah kepada diri sendiri. 

DAP boleh berkata apa sahaja mengenai ‘kesucian’ Guan Eng, tetapi mereka perlu berfikiran positif kerana kini DAP boleh menggunakan cara Najib yang memilih untuk membersihkan namanya di mahkamah.

Semoga selepas ini mana-mana pihak atau individu yang rajin mempertahankan Guan Eng dengan pelbagai ‘bukti’ kononnya untuk membuktikan beliau tidak bersalah, dapat mengambil peluang tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan bagi memastikan “rules of law” ditegakkan.

SPRM sepatutnya membekukan juga akaun Lim Guan Eng dan DAP kerana atas andaian sumber kewangan mereka berasal dari sumber haram, sama seperti andaian Pakatan Harapan terhadap akaun Najib dan UMNO yang masih gagal dibuktikan sehingga sekarang.

Tetapi apapun yang berlaku, Guan Eng  dan isterinya masih bernasib baik kerana rumah mereka dan rumah ibunya tidak diserbu di malam hari seperti Najib alami, serta akaun parti DAP masih tidak dibekukan seperti akaun UMNO.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts