SPRM PANGGIL GUAN ENG 3 PETANG, GUAN ENG MINTA TANGGUH KE 10 MALAM

1.2k
SHARES
3.8k
VIEWS

Pakatan Harapan mula memainkan persepsi kononnya Lim Guan Eng innocent dan ‘dibuli’ apabila dipanggil memberi keterangan jam 10 malam.

Hakikatnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Guan Eng pada jam 3 petang tetapi beliau sendiri yang memohon penangguhan ke jam 10 malam.

Namun dalam jam 9 malam, Guan Eng menuduh SPRM memanggilnya lewat malam dan media serta penyokong-penyokong pro DAP dan Pakatan Harapan mula ‘spin‘ kononnya SPRM tidak adil dan menganiaya bekas Menteri Kewangan tersebut. 

Jika dalam urusan hadir ke SPRM pun Guan Eng sudah boleh menipu dan Pakatan Harapan cuba ‘spin‘ konon hendak menunjukkan beliau teraniaya dan dilakukan tidak adil, jelas membuktikan betapa jijiknya cara Pakatan Harapan dan DAP berpolitik. 

Jika benar Guan Eng ‘bersih’, kenapa dari awal perlu berdolak dalik dan cuba meraih simpati dengan menipu?

Perkara ini didedahkan oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dalam laman Twitter-nya;

Hentikan tohmahan yang tidak berasas yang berniat untuk memburukkan SPRM! SPRM telah bertindak dengan profesional, LGE diminta hadir jam 3 petang, tetapi atas permintaan LGE sendiri minta hadir sebelum pukul 10 malam maka SPRM membenarkannya. Teruskan bertindak SPRM!”

Sudah-sudahlah Guan Eng, jika kononnya bersih sangat dan tidak bersalah, kenapa takut disiasat? 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts