MANA SEJUTA RINGGIT WANG SUMBANGAN RAKYAT KEPADA GUAN ENG?

2k
SHARES
6.6k
VIEWS

Ke mana perginya sejuta ringgit yang disumbangkan oleh rakyat kepada Lim Guan Eng bagi membayar wang ikat jaminnya dalam kes banglo tanpa kolam renang di bawah harga pasaran? Ini kerana Lim Guan Eng telahpun “dilepas dan dibebaskan” oleh Paguam Negara Tommy Thomas yang bersekongkol dengan Pakatan Harapan.

Maka tentunya wang ini telah dikembalikan oleh Mahkamah dan sepatutnya wang ini masih ada jika tidak dikembalikan kepada rakyat yang menyumbangkannya.

Jika tidak dipulangkan kepada rakyat, tentu wang tersebut masih berada dalam simpanan DAP yang boleh digunakan untuk membantu Guan Eng ketika ini dan bukannya meminta ‘sedekah’ lagi daripada rakyat atas nama Solidariti RM10 Lim Guan Eng, melainkan hanya cubaan mengelirukan dan meraih simpati rakyat. 

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempertikai ke mana perginya wang sejuta ringgit sumbangan orang ramai ini serta bertanya kenapa Ahli Parlimen DAP yang juga bekas Speaker DUN Perak, Ngeh Ko Ham kenapa tidak membantu bekas ‘bos’nya yang hanya memerlukan sejuta ringgit sahaja sedangkan beliau mempunyai kekayaan terkumpul sebanyak RM82 juta.

Selain itu Najib juga mempertikai kenapa Tun Mahathir tidak membantu Guan Eng dengan menyuruh anaknya yang bertaraf bilionair untuk meminjamkan sejuta ringgit wang jaminan kepada Guan Eng, sedangkan kekayaan terkumpul Mokhzani adalah sebanyak RM4.22 bilion, lebih 50 kali ganda kekayaan Ngeh.

Justeru sejuta ringgit yang diperlukan lagi oleh Guan Eng dan DAP ini hanya ‘wayang’ Pakatan Harapan untuk menunjukkan kononnya simpati rakyat bersama mereka. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts