ZAHARIN DAKWA MENTERI AGAMA SALAH GUNA KUASA?

1.3k
SHARES
7.4k
VIEWS

Berikut adalah dakwaan serius Datuk Zaharin Mohd Yasin ke atas Menteri Agama Datuk Seri Zulkifli Al-Bakri, di mana beliau memohon penjelasan atas setiap perkara yang ditimbulkan;

1. Benarkah MAIWP luluskan bantuan kepada NGO milik Pegawai Khasnya sebanyak 400 ribu ringgit?

2. Benarkah tafsir Al Bayan dimiliki oleh adiknya?

3. Selain itu Zaharin juga mendedahkan bahawa Zulkifli merupakan satu-satunya menteri yang menerima teguran daripada pihak Istana kerana tidak mengikut keputusan

4. Kerja-kerja Menteri dilakukan oleh pegawai beliau yang dikatakan berkuasa penuh – yang akan didedahkan kemudian oleh Zaharin

5. Dakwaan serius lain juga melibatkan wang Baitulmal yang diluluskan sebanyak 1.5 juta ringgit dan ingin disalurkan ke suraunya tetapi tidak dipersetujui oleh pihak MAIWP, maka disimpan di Yayasan Taqwa

6. Zaharin juga mendakwa wang tersebut akan digunakan oleh sebuah syarikat percetakan tafsir Al-Quran yang dikatakan Zulkifli mempunyai kepentingan di dalamnya

Zaharin juga memohon penjelasan dan penafian daripada Zulkifli di atas semua dakwaan yang dibuat beliau melalui laman Facebook-nya di pautan berikut; 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218496540384558&id=1226460439

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218497243442134&id=1226460439

Dakwaan Zaharin ke atas Menteri Agama ini amat berat, Zulkifli boleh menafikan dan menyaman Zaharin jika tidak benar kerana mencemarkan namanya.

Zaharin pula tidak boleh melulu membuat kenyataan jika hanya bersandarkan ‘khabar’, ‘hearsay‘  dan ‘cakap-cakap’ orang kerana dakwaan sebegini memerlukan bukti yang sah dan saksi yang kredibel, jika sekadar dakwa untuk mendapatkan kepastian, lebih baik bertanyakan terus kepada yang empunya diri. 

Selain itu, selaku seorang Islam yang dituduh dan Zulkifli tidak melakukan pelbagai dakwaan yang ditanya dan disebutkan, beliau juga boleh bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi – demi kebenaran bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam semua dakwaan di atas dan dalam masa yang sama membuat laporan polis serta menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts