Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Tulisan Tamrin bertarikh 8 Ogos 2020, memang kasar. Dia tuduh Muhyiddin kaki U-Turn, pendendam, tikam belakang dan memiliki ‘split personality‘.
Di penghujung ayatnya, Tamrin memberi nasihat kepada Muhyiddin supaya “balik ke pangkal jalan”.
Sebenarnya tidak ada perkara baru mengenai Muhyiddin yang ‘ditelanjangkan’ oleh Tamrin.
Semua fakta Tamrin itu bukan rahsia. Orang sudah maklum. Apa yang dihairankan sangat kalau Muhyiddin kaki U-Turn.
Tun Mahathir lagi banyak buat U-Turn. Pagi letak jawatan PM, petang tarik balik peletakan jawatan tersebut. Menyusahkan rakyat.
Tamrin tuduh Muhyiddin ada dua wajah berbeza. Alim dan pembohong. Padanya, Muhyiddin adalah “ular dua kepala”.
Mahathir bukan ular? Sehebat Anwar sebagai tokoh gerakan Islam, akhirnya dalam penjara kena tipu, keluar penjarapun kena tipu.
Mustahil Tamrin lupa, ayahnya Tun Ghaffar juga mangsa wayang Tun Mahathir.
Di depan dia sokong Tun Ghaffar. Di belakang dia merancang supaya Anwar menang percuma jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Tamrin jangan terkejut kalau Tun Mahathir dan Muhyiddin balik bergabung dalam BERSATU. Itu namanya “balik ke pangkal jalan”.
Matlamat Tun Mahathir bukan menentang kleptokrasi tetapi untuk pastikan Mukriz jadi Perdana Menteri.
Adakah Tamrin mahu, dua generasi Tun Ghaffar kena wayang dengan Mahathir? Tamrin juga tertipu.