BERSATU SETUJU MASUK MUAFAKAT NASIONAL BAGI MEMPERKUKUH PARTI

1.6k
SHARES
9.1k
VIEWS

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  bersetuju menyertai Muafakat Nasional dan perkara tersebut akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Menurut Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bersatu mengambil keputusan menyertai Muafakat Nasional kerana percaya ia sebagai pilihan terbaik untuk parti itu ketika ini. 

Kita memilih untuk berada dalam satu jemaah besar yang menghimpunkan parti-parti utama di negara kita. Dengan terbentuknya penyatuan antara Bersatu, UMNO, Pas dan parti-parti lain dalam kerajaan Perikatan Nasional, sebahagian besar sokongan rakyat telah berada di pihak kita.”

Makluman tersebut dinyatakan dalam Perutusan Persidangan Srikandi, Angkatan Muda Bersatu (Armada) dan menerusi Facebook Bahagian Bersatu. 

Beliau turut berkata bahawa hubungan Bersatu dengan parti-parti rakan dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional di peringkat akar umbi juga perlu dipupuk dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa walaupun memakan masa. 

Di peringkat pusat, saya sering mengadakan perbincangan dengan pucuk pimpinan parti UMNO, Pas, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) dan, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional.”

Beberapa persetujuan utama telah dicapai dalam pertemuan-pertemuan ini yang saya percaya akan memperkukuhkan lagi kedudukan Bersatu dan parti-parti rakan yang lain dalam Perikatan Nasional.” 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts