1. Beberapa hari yang lalu terciptalah sejarah paling memalukan apabila dengan rasminya Tun Mahathir menubuhkan parti politik baru bernama PEJUANG. Anaknya Mukhriz menjadi Presiden, manakala Mahathir sendiri menjadi Pengerusi. Kononnya parti baru ini adalah parti yang benar-benar akan ‘berjuang’.
2. Tun Mahathir, di kala usia “rumah kata pergi, kubur kata mari” masih lagi mahu menubuhkan parti dan berjanji yang parti barunya ini akan benar-benar berjuang dengan penuh ikhlas untuk satu matlamat. Sifat juang Mahathir ini sewajarnya dipuji kerana tiada tandingan.
3. Di usia berbaki lagi 5 tahun akan mencecah satu abad, Tun Mahathir bakal menjadi pemimpin paling tua di dunia yang menubuhkan parti. Beliau telah mencipta rekod dunia baru sebagai “Manusia Tertua Menubuhkan Parti”.
4. Tindakannya itu kerana menyahut ucapannya sendiri, apabila beliau pernah menyebut: “orang Melayu tidak pandai berpolitik, seronok hendak jadi Presiden aje” maka dengan sebab itu ditubuhnya parti PEJUANG. Dan gementar semua parti lawan kerana sejak dahulu lagi di zaman mudanya Tun Mahathir sangat digeruni atas kelicikannya memanipulasi segala apa yang diperkatakannya sendiri.
5. Ramai juga yang berpendapat, tujuan Tun Mahathir menubuh parti adalah kerana mahu melawan DS Najib khususnya dalam kes tuduhan rasuah, ketakutan menghantui Tun Mahathir apabila mendapati DS Najib dilihat semakin hari semakin bertambah para penyokongnya. Pertambahan bilangan fan club DS Najib antara punca trauma yang menyebabkan Tun Mahathir bangkit meneruskan perjuangannya, atau dahulu beliau sering menjaja slogan “perjuangan masih belum selesai”.
6. Akhir-akhir ini Tun Mahathir lantang bersuara dengan slogan baru iaitu “penerimaan rasuah sebenarnya yang menghancurkan Melayu”. Katanya lagi, “rasuah oleh penyangak, musuh dan orang asingpun boleh menentukan siapa menjadi kerajaan Malaysia. Apabila mereka menjadi kerajaan, nasib rakyat tidak lagi akan dilindungi oleh mereka dan sudah tentu Melayu akan jadi mangsa terbesar”. Anehnya anak-anak dan kroni Tun menjadi kaya-raya apabila membolot hampir semua projek besar di zaman Tun. Tidakkah itu rasuah?
7. Tun Mahathir kata kuasa memilih terdedah kepada rasuah iaitu boleh dijual beli dan mereka yang mampu membeli, berpeluang untuk meletak calon serta menentukan kemenangan mereka, tetapi bukankah itu yang Tun lakukan apabila lambakan ahli UMNO tiba-tiba melompat masuk PPBM sebelum ini?
8. Dalam ucapan Tun semasa penubuhan parti baru, Tun Mahathir terus-menerus mengulangi membidas DS Najib yang sudah kehilangan segala pangkat dan kedudukan baik dalam kerajaan mahupun dalam parti. “Kita dapat lihat kerosakan yang dilakukan olehnya (Najib). Bukan sahaja duit kerajaan diselewengkan, tetapi jentera kerajaan dapat disalah guna supaya dia bebas dari sebarang tindakan. Maka akan hilanglah pemerintahan mengikut undang-undang. Tetapi yang paling kaya-raya ialah Tun Mahathir dan ahli keluarga Tun sendiri.
9. Di akhir ucapan Tun Mahathir menyerang kerajaan TS Muhyiddin dengan sindiran: “Tetapi selepas kita berjaya guling kerajaan kleptokrat sekali lagi kita dibelenggu rasuah kerajaan,” dan dengan penuh hamburan fitnah dilemparkan dengan bertubi-tubi terhadap TS Muhyiddin dengan tujuan mahu menjatuhkannya dan naik semula sebagai Perdana Menteri bagi kali ketiga. Bala apakah yang sedang menimpa negara kita hari ini?
Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA