DR LATIF: SERONOKNYA POLITIK KERANA TIDAK PERLU TUNGGU SEMUA ORANG SETUJU

977
SHARES
5.7k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Dr Latif dakwa kelahiran Muafakat Nasional bukan kerana “perasaan akar umbi”. Ia berpunca kerana jiwa dan kasih antara Zahid dan Ustaz Hadi.

Dr Latif lupa, kegagalan Kerajaan PH, tindak tanduk DAP dan janji 100 hari yang gagal ditunaikan adalah punca rakyat bangkit?

Ratifikasi ICERD dan Statut Rom dokongan PH menyebabkan rakyat, akar umbi UMNO dan PAS mengadakan perhimpunan baju putih.

Ia disusuli oleh beberapa himpunan Muafakat Ummah di akar umbi yang kemudiannya mencetus kelahiran Muafakat Nasional.

Tetapi Dr Latif mengakui penyertaan BERSATU ke dalam Muafakat Nasional tidak merujuk akar umbi.

Mungkin kerana BERSATU tidak ada akar umbi untuk dirujuk.

Lalu Dr Latif kata, nak tunggu semua orang setuju, sampai bila tidak selesai. “Itulah seronoknya politik” ujar beliau lagi.

Patutlah Dr Latif melompat masuk BERSATU tanpa memperdulikan “perasaan di bawah”.

Dia seronok rupanya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts