UMNO-BN, PAS-PN HARUS KEKAL KERJASAMA ELAK 3 PENJURU

777
SHARES
2.5k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ramai yang resah gelisah apabila menerima berita bahawa PAS menyertai Perikatan Nasional (PN). Jangan risau kerana pendirian UMNO tetap tidak berubah.

1. Jika benar PAS menyertai PN, UMNO tetap dengan pendirian untuk tidak menyertai PN sebagai parti komponennya untuk hadapi PRU-15 akan datang;

2. Jika PAS bersedia menggunakan lambang PN, UMNO tetap dengan pendirian untuk kekal menggunakan lambang BN (Dacing) dalam PRU-15 akan datang.

Yang penting, UMNO tetap berpegang kepada Piagam Muafakat Nasional yang telah dimeterai dan disaksikan umat dengan linangan air mata.

Yang penting, UMNO-BN dan PAS-PN harus terus kekal bekerjasama dan bermuafakat untuk menghadapi DAP-PH dengan mengelakkan pertandingan 3 penjuru.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts