PERLU ADA TOLAK ANSUR DALAM POLITIK DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR

306
SHARES
986
VIEWS

Oleh Ab Jalil Backer

Saya faham ramai antara kita marah Bersatu tubuh Perikatan Nasional.

Yang saya tidak faham bila marah Muafakat Nasional jemput Bersatu sertai ikatan politik ini.

Bukankah sejak Mei 2018 kita nyanyikan lagu penyatuan ummah? Bukankah sejak Mei 2018 kita menyeru Bersatu tinggalkan DAP dan sertai perjuangan agama, bangsa dan negara?

Sekarang apabila kepimpinan UMNO dan PAS jemput Bersatu sertai MN, mengapa perlu marah? Pemimpin Bersatu tidak betul? Macamlah dalam UMNO dan PAS semua bertaraf wali.

Jadi dalam politik kena ada tolak ansur kalau kita ikhlas memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Jika kita memperjuangkan kepentingan diri dan kedudukan peribadi orang tertentu sahaja susahlah.

Jangan takut berbincang dan berunding. Andaian-andaian negatif sebelum berunding dan membuat keputusan bukan cara politik bijak.

Bincang dan analisa semua permintaan, jika tidak bersetuju boleh sahaja BN bertanding sendiri nanti.

(Ini adalah ulasan dari pemerhatian politik. Saya tidak berada dalam pengurusan organisasi UMNO dan bukan jurucakap UMNO)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts