PELUANG KHAIRUDDIN BERSIHKAN NAMA – PUAD ZARKASHI

1.5k
SHARES
8.7k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Segelintir penyokong Khairuddin tidak boleh menerima kritikan. Seperti biasa keluarlah perkataan seperti ‘bodoh’ dan ‘tali barut DAP’. 

Kenapa bersikap ‘denial‘? Baru enam bulan merasai nikmat kuasa kita sudah lalai. Belum lagi 22 bulan.

Janganlah berfikiran lapuk. Bila dikritik itu dianggap pecah-belah. Tetapi buat salah tidak dianggap menjejaskan imej jemaah.

Apapun 27 laporan polis telah dibuat terhadap Dr Khairuddin kerana melanggar kuarantin wajib 14 hari.

Elok Khairuddin membersihkan namanya di mahkamah.

Ia juga dapat meredakan kegusaran rakyat kerana terdapat mereka yang didakwa dan dikenakan denda yang tinggi seperti ‘Makcik Gelang’.

Bolehlah Khairuddin menjelaskan kenapa dia tidak pakai gelang. Kenapa langgar kuarantin sampai dua belas kali? Adakah status negatif virus Covid-19 boleh jadi alasan untuk bergerak bebas?

Mahkamah juga boleh mempertimbangkan sama ada memulangkan gaji 4 bulan itu boleh meringankan hukuman jika didapati bersalah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mohd Mazri Yahya juga menggunakan alasan yang sama.

Menuru beliau, tidak pernah berlaku dalam sejarah, seorang menteri memulangkan gaji apabila melakukan kesalahan.

Tetapi, bagaimana nanti kalau ada pegawai Kementerian Khairuddin mohon potong gaji supaya tidak dikenakan tindakan tatatertib?

Sementara itu, YB Nik Abduh Nik Abdul Aziz menasihatkan Khairuddin “jangan merana dan hampa” dengan ujian Allah. “Terima dan nikmatinya dengan iman dan takwa”.

Justeru, berlapang dadalah kalau Khairuddin didakwa di mahkamah.

Kalau hukumannya berat, Khairuddin akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan menteri. PRU-15 nanti bertandinglah semula.

Seperti mana nasihat Nik Abduh, terima dan nikmatinya dengan iman dan takwa.

Setidak-tidaknya nama baik Kerajaan PN, Muafakat Nasional dan PAS tidak tercemar.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts