HANYA 22 BULAN, 101 PROJEK BERNILAI RM6.61 BILION DIANUGERAH GUAN ENG

1.2k
SHARES
6.8k
VIEWS

Pendedahan di Parlimen mengenai penganugerahan 101 projek yang bernilai RM6.61 bilion, bukanlah satu jumlah yang kecil yang boleh dipandang remeh oleh kerajaan. Sedikit hari lagi pasti akan terdedah nama-nama syarikat terbabit dan jangan terkejut jika ada antaranya yang berkaitan dengan kroni bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Pakatan Harapan.

DAP tentu akan memberi alasan ini bukan amalan kronisme tetapi syarikat tersebut sememangnya layak, hujah yang menjerat diri mereka tidak lama lagi apabila dihadapkan ke mahkamah kelak. Ini kerana alasan dangkal sebegini hanya akan membuktikan mereka sememangnya pengamal kronisme. 

Angka-angka yang dinyatakan  pula bukanlah tekaan rambang kerana ia kini direkodkan sebagai hansard Parlimen, yang dibentangkan secara tepat dan tiada kesalahan titik perpuluhan oleh Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Secara tidak langsung terdedah betapa jijiknya amalan rasuah, salah guna kuasa dan penipuan oleh Guan Eng yang ‘berlagak suci’ sepanjang masa melalui penganugerahan projek secara ‘direct nego‘ atau rundingan terus, bukan tender terbuka seperti yang kerap dicanangkan oleh Pakatan Harapan. 

Segala persoalan mengenai sama ada Guan Eng dan juaknya Tony Pua menyalahgunakan kuasa sepenuhnya selama 22 bulan bagi mengkayakan sesetengah pihak atau sebagai imbuhan kerana menyokong Pakatan Harapan, pasti akan dibongkarkan tidak lama lagi dan siapakah mereka yang terlibat yang ketika ini pasti sedang ketakutan.

Patutlah Guan Eng dan Pakatan Harapan terutamanya DAP ‘meroyan sakan’ apabila kerajaan mereka tumbang atas kesilapan Tun Mahathir meletakkan jawatan, rupa-rupanya “ada udang di sebalik batu” – yang ditakuti terdedah dan ingin disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. 

Jika di zaman Pakatan Harapan, mereka boleh bertindak zalim dengan meminta keluarga orang yang telah meninggal dunia untuk ‘memulangkan’ wang yang diterima arwah kononnya mempunyai kaitan dengan 1MDB, sedangkan siasatan mengenai kesalahan 1MDB tersebut masih belum selesai – maka tidak salah kerajaan Perikatan Nasional bertindak tegas malah jumlah ini 3 kali ganda lebih besar dari dakwaan 1MDB. 

Semua 101 projek ‘direct nego‘ ini juga perlu dihentikan dan disiasat oleh kerajaan secepat mungkin kerana ia melibatkan salah guna kuasa yang serius oleh Guan Eng semasa beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat beliau dengan segera.

Jangan beri muka kepada orang sebegini, rumah beliau wajar diserbu, harta beliau perlu disita dan akaun bank dibekukan terlebih dahulu kerana mungkin beliau terlibat dengan pengubahan wang haram selama ini.

Jika rumah bekas Perdana Menteripun boleh diserbu malah hartanya disita serta akaun bank dibekukan, inikan pula Guan Eng, bekas Menteri Kewangan yang gagal.

Syabas Tengku Zafrul! 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts