MAHATHIR UMPAMA YODA KATA MENTERI PENDIDIKAN

372
SHARES
2.2k
VIEWS

Apabila Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik mengatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seumpama Yoda iaitu Ketua dan Mentor Jedi dalam filem fiksyen Star Wars karya George Lucas, ia hanya mengundang jenaka ramai walaupun hadirin bertepuk tangan bersama-sama bersetuju dengan kata-kata mengampu Dr. Maszlee.

Ini kerana Yoda hanyalah watak makhluk asing dalam filem fiksyen bukannya tokoh sebenar yang boleh dijadikan ukuran.

Kagum dengan umur panjang dan kesihatan Perdana Menteri Tun Mahathir untuk terus berkhidmat kepada negara ini diibaratkan seperti watak fiksyen tersebut kerana sesiapa pada usia sebegitu lanjut berada di tanah perkuburan, di hospital atau di rumah.

“Tetapi tidak, YAB PM telah tunjuk kepada kita semangat pahlawan Jedi, semangat Yoda. Walaupun telah berusia lanjut, (beliau) tetap pergi ke pejabat dan balik lebih lewat dari kita. Sepatutnya di usia yang lanjut (beliau) kena rehat,” kata Maszlee pada perhimpunan bulanan Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.

Berikut disenaraikan apa keistimewaan Yoda:

  • Yoda berumur panjang dan hidup sehingga 900 tahun
  • Jawatan tertinggi beliau adalah Grand Master of the Jedi Order
  • Yoda mati menjadi asap dan hilang begitu sahaja
  • Yoda pahlawan terulung Jedi dan mampu mengajar Luke Skywalker bermain pedang laser walaupun pedang laser lebih panjang dari tubuh beliau sendiri
  • Handal dalam seni mempertahankan diri dan mampu menggerakkan sesuatu dengan pemusatan fikiran tanpa perlu menyentuhnya
  • Fizikal makhluk asing, bertubuh kecil dan rendah, bewarna hijau, wajah berkedut seribu dan bertelinga capang memanjang yang mampu digerak-gerakkan dan mendengar dari jarak jauh
  • Pengamal falsafah asli Jedi Order iaitu seumpama agama ataupun kepercayaan dan mempunyai kitabnya tersendiri
  • Yoda tidak berkumuh, beliau tidak membuang air kecil dan air besar dan juga tiada rekod berkahwin
  • Yoda tidak pernah berkawan dengan musuh ketatnya dari Galactic Empire daripada awal sehinggalah ke akhir hayatnya
  • Kata-kata hikmat beliau, “Semoga ‘The Force‘ bersama anda” di mana the force adalah satu kuasa mistik yang menjadi kepercayaan pahlawan Jedi
  • Mampu menjelma sebagai roh untuk bercakap dengan Jedi lain untuk memberi peransang sesudah kematian

Itu antara semangat dan kepahlawanan  Yoda dalam kisah yang hanya wujud di kaca televisyen dan layar filem. Selain kagum dengan kepanjangan umur, dedikasi dan kuat bekerja Tun Mahathir, kita harapkan banyak keistimewaan lain yang ada pada Yoda tidak patut ada pada Perdana Menteri kita kerana ia hanya akan menyusahkannya.

Semoga Dr. Maszlee lebih cermat dan logik membuat perbandingan selepas ini dengan membandingkannya dengan tokoh Islam atau sekurang-kurangnya tokoh lain yang wujud di dunia nyata.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts