ZAM TIDAK AKAN PUAS SELAGI SEKOLAH TAHFIZ TIDAK DITUTUP

357
SHARES
2.1k
VIEWS

Tan Sri Zainuddin Maidin masih melakukan provokasi dengan siaran terkini di blog beliau pada hari ini. Seolah-olah seronok melanyak institusi tahfiz, kini beliau mempertikai kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang ingin membantu institusi tahfiz di seluruh negara.

Apakah agendanya yang tersirat hanya beliau seorang sahaja yang tahu. Beliau juga menyebut Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga ingin menutup sekolah tahfiz sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri kali kedua.

Beliau juga mengiktiraf Kassim Ahmad sebagai intelektual Islam terhormat, yang juga hanya beliau yang mengetahui alasannya.

Selain itu, sebelum ini beliau mempertikai sunnah dengan berkata pakaian yang diikuti oleh orang Islam hanyalah pakaian dan tradisi Arab tanpa merujuk kepada ilmuan Islam melainkan tafsiran akal.

Maka tidak peliklah apabila beliau mengatakan ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz kerana tidak ingin jasad hancur apabila mereka mati kelak.

Beliau berlandaskan ‘hadis logik’ beliau sendiri yang tentunya menyesatkan jika beliau berpegang teguh dengannya.

Yang pasti kita akan melihat serangan demi serangan olehnya ke atas institusi tahfiz sehinggalah beliau menyaksikan sekolah tahfiz ditutup di seluruh negara ataupun beliau meninggal dunia terlebih dahulu.

Kita doa beliau akan tersedar dan bertaubat sebelum beliau dijemput Ilahi kerana jelas apa yang diperkatakannya bertentangan dengan Islam.

Kita jangan berani untuk benarkan apa yang salah dan jangan berani untuk salahkan apa yang benar.

Wallahualam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts