“MALU APA ATOKKU”

1.3k
SHARES
4.3k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Kit Siang memang bapa penyayang. Dia macam Atok. Anak tetap dipertahankan, walaupun anak adalah penyangak.

Bila Betty Chew ditangkap, Kit Siang merayu agar menantunya tidak dilokap dan didakwa. 

Dalam kes tender runding terus, dia dakwa Tengku Zafrul sudah masuk kelab “Malu apa Bossku“.

Kalau begitu, eloklah Kit Siang masuk kelab “Malu apa Atokku”. Tun Mahathir adalah ketuanya.

Itu adalah kelab untuk mereka yang mempertahankan amalan rasuah, nepotisme, kronisme dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh anak-anak sendiri.

Sekarang ini Lim Kit Siang malu besar bila terdedah kepada rakyat bahawa anaknya adalah “hantu raya” projek runding terus.

Anak beranak cuba menegak benang basah. Kononnya ia tidak salah. Kerajaan BN pun buat. Masa BN lagi banyak. Itu projek darurat untuk COVID-19, beli senjata perang dan lain-lain.

Lagi banyak alasan, lagi kuat bukti Lim Guan Eng-PH adalah penipu sepanjang zaman. 

Runding terus bukan masalah. Tapi langgar manifesto PH adalah dosa kepada rakyat.

Siapa suruh janji. Penipu rakyat rupanya.

Mengaku sajalah. “Malu apa Atokku”.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts