MIC semalam mengesahkan pendirian parti tersebut tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) tetapi kekal menyokong PN seperti Barisan Nasional.
Pendirian tersebut disampaikan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) melalui Setiausaha Agungnya, Datuk M Asojan Muniandy, dalam sepucuk surat bertarikh 24 Ogos lalu.
M. Asojan menjelaskan, MIC mulanya bersetuju menyertai PN dengan tanggapan UMNO dan BN akan turut sama, namun apabila hujung bulan lalu UMNO mengesahkan tidak menyertai PN, maka keputusan MIC sebelum ini tidak terpakai.
Justeru ia menjelaskan isu sebelum ini yang mengatakan MIC menyertai Perikatan Nasional walaupun masih berada dalam Barisan Nasional, yang hanya salah faham biasa antara rakan-rakan sekutu.
Syabas MIC dan Barisan Nasional, kekalkan perpaduan, wujudkan momentum kekuatan bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang mungkin berlaku tidak lama lagi.