DHAYA MAJU LTAT DAPAT PROJEK BERNILAI RM4.475 BILION DARIPADA RM6.61 BILION ‘DIRECT NEGO’

590
SHARES
3.5k
VIEWS

1. PERSOALANNYA SIAPA DI BELAKANG SYARIKAT YANG MENERIMA SEHINGGA 67.7 PERATUS DARIPADA JUMLAH KESELURUHAN RM6.61 BILION PROJEK DAN PEROLEHAN KERAJAAN SECARA ‘DIRECT NEGO’ YANG KONTROVERSI TERSEBUT?

2. KENAPA pula Lim Guan Eng dan DAP beriya-iya mempertahankan pemberian secara runding terus itu termasuk berbohong mengatakan ia dibuat melalui kelulusan kabinet – yang dinafikan oleh bekas Menteri Pakatan Harapan sendiri? 

3. SIAPA pula di belakang Syarikat Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd ini yang diberi kepercayaan melaksanakan projek BUKAN dalam bidang kritikal seperti keselamatan negara atau melibatkan bencana dan wabak yang memerlukan kepada pelaksanaan segera, sehingga diberi projek secara runding terus?

4. APA istimewanya syarikat ‘Sdn Bhd’ ini yang menerima layanan “sebaik dan semesra” ini semasa kerajaan Pakatan Harapan berkuasa sehinggakan projek yang sepatutnya melalui  tender terbuka ini tidak dilakukan? 

5. ADAKAH mana-mana pihak dalam Pakatan Harapan sama ada secara terus atau proksi mereka mendapat manfaat daripadanya? 

Justeru seperti yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah berjanji dan komited mengkaji serta menyiasat elemen rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan daripada projek runding terus ini setelah ia didedahkan oleh Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen, maka pihak SPRM perlu mengutamakan dan menyegerakan siasatan terhadap syarikat ini terlebih dahulu, kerana ia meliputi 67.7 peratus daripada RM6.61 bilion jumlah keseluruhan yang diberikan secara runding terus.

Mungkin wujud rasuah, salah laku dan penyelewengan atas pemberian tersebut.

Baki sepertiga iaitu RM2.135 bilion atau meliputi 32.3 peratus yang diberi kepada 100 syarikat lainnya boleh disiasat kemudian.

Siapa tahu, mungkin ada “jerung anak beranak” yang sangkut. 

Rujuk “101 govt projects given via direct negotiations during Pakatan rule” di pautan;

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/08/27/101-govt-projects-given-via-direct-negotiations-during-pakatan-rule

Rujuk “Kos fasa kedua naik taraf KDVT2 RM4.475 bilion” di pautan;

https://www.bharian.com.my/node/603121/amp

Rujuk “Dhaya Maju LTAT to complete 265km KDVT2” di pautan;

https://www.theedgemarkets.com/article/dhaya-maju-ltat-complete-265km-kvdt2-rehabilitation-five-years

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts