TAMRIN GHAFAR DAPAT TENDER RUNDING TERUS JUGA?

1.1k
SHARES
6.3k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Rupanya Tamrin Ghafar ni “tidak boleh pakai”. Memang nampak berani. Kuat bisingnya.

Semuanya dibelasah termasuk Raja-Raja Melayu, Sultan Johor, TMJ, UMNO, Najib, Zahid dan lain lain.

Mahathir dipuji melangit. Padahal Tun Mahathir yang mengaibkan Tun Ghafar bila diterajang keluar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Rupanya ada udang di sebalik batu. Diapun dapat juga tender runding terus yang didedahkan oleh Tengku Zafrul.

Zuraida Kamaruddin mendedahkan, Tamrin Tun Ghafar adalah penasihat Syarikat Bumi Segar yang mendapat projek Sisa Pepejal Taman Beringin bernilai RM170 Juta.

Menurut Zuraida, Tamrin adalah penyokong tegar PH yang mewakili syarikat tersebut bila bertemu Lim Guan Eng pada 28 Nov 2018 untuk melobi projek berkenaan.

Projek “runding terus” tersebut diluluskan oleh Lim Guan Eng dengan surat bertarikh 20 Februari 2019 dari Kementerian Kewangan kepada Ketua Setiausaha KPKT.

Astaghfirullah al azim. Ingatkan suci bersih. Rupanya ‘hantu raya” macam dahulu juga.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts