ROBOH RUMAH: KERAJAAN SELANGOR GAGAL SELESAI ISU KEBAJIKAN PENDUDUK

142
SHARES
457
VIEWS

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

4 September 2020 l 16 Muharram 1442

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) jelas berasa kecewa apabila berlakunya robohan lebih kurang yang melibatkan 19 lot buah rumah penduduk di Desa Subang Perantau bagi projek pelebaran Sungai Pelempas untuk mengelakkan isu banjir dan ini bukan peristiwa pertama kali berlaku sepanjang PH Memerintah Negeri Selangor.

2. Dalam isu ini DPPNS melihat beberapa perkara:

i. Kewajaran meneruskan pelan pelebaran sungai yang mengakibatkan terkena pada kawasan rumah sehingga perlu dirobohkan sedangkan ada cadangan untuk pelebaran dibuat pada bahagian sebelah seberang tanpa melibatkan kawasan perumahan penduduk.

ii. Rayuan hak menduduki tapak secara sah setelah sekian lama lebih 15 tahun sedangkan sebahagian besar penduduk kawasan yang sama telah memperolehi hak hanya berbaki lebih kurang 19 lot sahaja.

iii. Isu pampasan untuk berpindah yang dilihat jauh lebih rendah dari nilai rumah semasa dan pembinaan yang dilakukan serta tawaran menduduki rumah di Rimbayu namun dakwaan penduduk bahawa ia belum ‘wujud’ melainkan setelah 3 tahun sebagaimana video dari BMF Media TV pada 5 Jun 2020.

3. YB-YB yang berkaitan jelas gagal memainkan peranan sebagai pemimpin rakyat yang dipilih bagi mencari penyelesaian dalam menjaga kebajikan penduduk. Jika benar merobohkan rumah pada kawasan yang tidak dapat dielakkan kerana tiada pilihan lain, sepatutnya kebajikan penduduk mesti dijamin pada sudut:

i. Pemindahan penempatan ke tempat baru yang telah wujud sedia ada, bukannya baru hendak dibina.

ii. Pampasan ganti rugi mesti setimpal atau tidak jauh beza dengan nilaian semasa diberikan kepada penduduk yang dirobohkan rumah.

Ke mana YB-YB PH bersembunyi? ketika pilihan raya datang mengetuk rumah merayu undi, sekarang lari bersembunyi.

4. Isu kebanjiran yang berlaku perlu diperhalusi puncanya, ini kerana kedalaman atau keluasan sungai yang sedia ada adalah bersesuaian dengan landskap pembangunan waktu itu, namun apabila berlaku pembangunan baru secara pesat ia boleh mengakibatkan jumlah takungan air tidak dapat lagi dipenuhi maka inilah punca sebenarnya.

5. Justeru, dalam hal ini tidak wajar pihak kerajaan negeri Selangor “hanya menggunakan jalan pintas” dengan kaedah sebegini tanpa merujuk kepada punca asal. Landskap pembangunan moden dan juga penempatan kilang-kilang berhampiran jika ada perlu diberikan perhatian serius dan perlunya tindakan yang lebih menyeluruh.

6. Jelas kegagalan menyelesaikan isu sebegini adalah sangat tidak wajar bagi sebuah kerajaan negeri yang dahulunya terkenal dengan negeri berkebajikan, namun kini ia hanya pada retorik sahaja. Perkara ini perlulah dimuhasabah bersama, kerana kita tidak mahu lagi adanya rakyat yang tidak terbela kebajikan mereka.

Demi Islam

Pemuda Bangkit Demi Islam

Ustaz Hanafi bin Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

https://www.facebook.com/225685927482720/posts/3670863809631564/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts