HENTIKAN SIKAP SEPERTI DI ZAMAN PEMBANGKANG, NASUTION

531
SHARES
1.7k
VIEWS

Kerajaan Pakatan Harapan sewajarnya tidak mempolitikkan setiap perkara dengan asyik menyalahkan kerajaan terdahulu dalam setiap perkata yang mereka belum ditangani sepenuhnya seperti kenaikan harga barang yang berterusan walaupun kadar GST telah disifarkan.

Netizen dan pengkritik melihat keadaan ini menunjukkan kerajaan hanya berdalih dalam isu yang sebenarnya iaitu cukai GST bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan harga barang sebaliknya sikap tamak peniaga dan orang tengah yang menjadi faktor utama.

Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyalahkan peniaga tamak sebelum ini sebagai punca kepada kenaikan kos didapati berbeza dengan kenyataan terkini beliau apabila menyalahkan pentadbiran terdahulu, yang memperlihatkan pihak kerajaan hanya berdalih tanpa memberi penjelasan yang munasabah.

“Selama sembilan tahun memerintah, terlalu banyak kerosakan yang berlaku dan memaksa kerajaan hari ini membetulkannya semula termasuk isu kenaikan kos sara hidup ini.”

“Apa yang ingin saya jelaskan, penyumbang peningkatan kos sara hidup bukan hanya tertumpu pada barangan dan makanan tetapi ada lima hingga enam perkara lain termasuk perumahan, pendidikan, utiliti dan kesihatan.”

Seperti yang dikatakan beliau ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengenai harga barang tidak turun biarpun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berada pada kadar sifar.

Rakyat mengharapkan kerajaan bersikap lebih elegen dan telus dalam memberi penjelasan setiap perkara dan bukan hanya bertindak menyalahkan kerajaan terdahulu yang kini telah menjadi pembangkang.

 

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts