BERSATU GOMBAK DAN AZMIN YANG SEPATUTNYA MINTA MAAF – ISHAM JALIL

6.6k
SHARES
21.4k
VIEWS

Semalam Bersatu Gombak telah menyuruh saya untuk meminta maaf kepada Perdana Menteri kerana kononnya saya telah menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri dan Presiden Bersatu.

Pada saya, sebenarnya Bersatu Gombak (dan Azmin) yang sepatutnya perlu meminta maaf ke atas segala kejian dan cacian yang mereka telah buat kepada UMNO (dan PAS) selama ini terutama semasa mereka (Bersatu Gombak dan Azmin) berada dalam PKR dan PH.

Mereka (Bersatu Gombak dan Azmin) juga perlu meminta maaf kepada rakyat keseluruhannya kerana telah menipu atau tidak menunaikan dan mengkhianati manifesto pilihan raya mereka yang lalu sebelum rakyat boleh percaya kepada mereka semula.

Ini penting kerana selagi ini tidak dilakukan, ia akan mengakibatkan kesan yang buruk ke atas sokongan rakyat kepada kerajaan (dan Muafakat Nasional).

Salam,

ISHAM JALIL

13 September 2020

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts