PARTI MUDA SYED SADDIQ DIDAFTAR HARI INI

421
SHARES
2.5k
VIEWS

*PARTI MUDA SYED SADDIQ DIDAFTAR HARI INI*

Parti MUDA yang diilhamkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar membuat pengumuman akan mendaftarkan parti buat orang muda tersebut hari ini, yang didedahkan dalam wawancara dengan stesen radio BFM. 

Parti MUDA khusus buat orang muda yang tentunya pro Pakatan Harapan ini akan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sebaik sahaja beliau selesai diwawancara oleh stesen radio tersebut.

Ini menunjukkan desas-desus bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dalam tahun ini bakal berlaku apabila semua pihak tergesa-gesa mengambil bahagian termasuk parti MUDA Syed Saddiq yang dibuka untuk semua kaum. 

Mana-mana anak muda pro Pakatan Harapan boleh memilih menyertai parti MUDA jika tidak mahu penyertai Pejuang yang diterajui orang tua, enggan menyertai PKR yang diterajui orang yang mempunyai isu dan skandal, tidak berminat menyertai DAP yang terlalu kecinaan dan lain-lain dalam Pakatan Harapan, boleh menyertai parti Syed Saddiq ini.

Semoga suara anak muda dapat beliau perjuangkan yang tidak dapat beliau lakukan dalam Bersatu suatu ketika dahulu dan juga dalam parti baharu mentornya iaitu Pejuang. 

Cuma harapnya janganlah pula parti MUDA ini menjadi seperti sayap pemuda Bersatu dahulu iaitu ARMADA yang turut diterajui olehnya – yang ‘tertangkap basah’ sedang membuat pesta dadah.

Baca berita selanjutnya di;
https://editormalaysia.com/16972/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts