PARTI BERASASKAN KAUM MASIH RELEVAN – KU LI

398
SHARES
1.3k
VIEWS

Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan bahawa parti yang berasaskan kaum masih relevan dalam negara ini dengan syarat perjuangannya adalah demi negara dan rakyat.

Menurut Ku Li, perjuangan tersebut mesti bergerak dengan mengambil kira perkembangan sekeliling termasuk perkembangan dunia agar apa yang dilaksanakan tidak ketinggalan. Ia mesti mengikut aliran atau perkembangan zaman. 

Ku Li turut memperincikan perkara tersebut dengan memberi contoh bagaimana perjuangan UMNO suatu ketika dahulu dalam memperjuangkan bangsa Melayu dan Raja-rajanya di tanahair sendiri yang secara sedia kala sudah menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu.

Tidak seperti kaum Cina dan India yang dibawa oleh British sebagai pekerja pada ketika itu dan tidak menjadi rakyat bagi sesiapa. 

UMNO diasaskan oleh orang Melayu, yang kebetulan orang Melayu sudah menjadi rakyat kepada Raja masing-masing.”

Orang lain tidak ada kerakyatan walaupun mereka tinggal di sini. Baik orang Cina atau India, mereka bukan rakyat sesiapa. Mereka datang bekerja di sini atas kerahan atau jemputan British yang berkuasa di negara kita pada ketika itu.”

Tetapi kita sudah menjadi rakyat kepada Raja masing-masing. Jadi kitalah (orang Melayu) yang tubuhkan UMNO bagi menjaga maruah bangsa kita. Bagi menjaga maruah Raja-raja kita ketika itu.” 

Apabila orang Melayu bergerak menentang Malaya Union, Kongres Melayu yang ditubuhkan oleh orang Melayu ketika itu dalam tahun 1946, bagi menegakkan kedudukan orang-orang Melayu di negaranya.”

Jadi kita mengadap Raja-raja kita, tetapi yang lain tidak mempunyai Raja pada ketika itu kerana mereka bukanpun rakyat negara kita. Jadi ini bezanya.”

Jelas Ku Li lagi, UMNO bukan bergerak semata-mata kerana bangsa atau agama tetapi bersifat “perjuangan kebangsaan”, untuk menuntut dan mengisi kemerdekaan di mana manfaatnya dinikmati oleh semua kaum dan agama pada hari ini.

Sebagai contoh kerajaan membuat jalan raya, hospital dan sekolah adalah untuk manfaat semua pihak bukan dibuat semata-mata untuk digunakan oleh kaum Melayu atau UMNO sahaja.

Justeru perjuangan berlandaskan kaum masih relevan selagi mana perjuangan tersebut adalah demi negara dan rakyat, tanpa ada mana-mana kaum dipinggirkan. 

Pandangan beliau dikemukakan dalam wawancara bersama Malaysian Insight boleh ditonton di pautan berikut;

https://www.facebook.com/themalaysianinsight/videos/1543508985821252/

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts