ADA APA DENGAN ANWAR?

673
SHARES
2.2k
VIEWS

Hari ini 23 September kali kedua negara ‘digemparkan’ dengan pengumuman oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai rancangan beliau memperoleh sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

Kali pertama berlaku 12 tahun lepas iaitu pada 16 September 2008. Ketika itu Anwar mendakwa beliau telah mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan bagi menggesa Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur daripada jawatan Perdana Menteri. 

Pada tahun 2020 pula beliau masih menggunakan alasan yang sama cuma kali ini ia bertujuan bagi menyingkirkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mungkin ini antara “talian hayat” terakhir beliau yang masih tersisa untuk menjadi Perdana Menteri, setelah gagal menyingkirkan Tun Mahathir sejak 1998 dan Perdana Menteri seterusnya.

Apa yang beliau tidak lakukan, daripada reformasi jalanan dan mewujudkan Parti Keadilan Rakyat, beliau seterusnya bersama-sama DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Kemudian bersama-sama Mahathir dan Muhyiddin pula dalam Pakatan Harapan bagi menjatuhkan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan kali ini beliau berjaya, tetapi tetap tidak tercapai hasratnya menjadi Perdana Menteri. 

Mahathir menipu beliau ‘bulat-bulat’ apabila tetap enggan memberikan jawatan Perdana Menteri telah yang dijanjikan, kemudian Muhyiddin dan Bersatu pula keluar Pakatan Harapan.

Riwayat politik Anwar semakin tidak menentu apabila kali ini beberapa pemimpin PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali turut keluar PKR dan Pakatan Harapan, yang membuatkan Anwar kekeringan idea dan terpaksa ‘mengitar semula’ strategi 2008.

Jika tidak berjayapun, setidak-tidaknya rancangan Anwar itu mungkin boleh memulihkan sedikit sokongan terhadap Warisan dan Pakatan Harapan di PRN Sabah, yang ketika ini dikecam ramai kerana ‘selamba’ menghina anggota keselamatan tanpa rasa bersalah.

Shafie Apdal dan Mohammadin Ketapi pasti terhutang budi kepada Anwar jika beberapa kerusi ditandingi Warisan menjadi pilihan pengundi di PRN Sabah kelak.

Syabas Anwar. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts