Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil menyuarakan kehairanan dan sekaligus menyindir DAP dengan mengatakan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang tidak pernah dan tidak akan bekerjasama dengan DAP.
Beliau berkata sedemikian di laman Facebook-nya bagi mengulas artikel yang disiarkan oleh portal Free Malaysia Today (FMT) yang melaporkan Lim Guan Eng berkata “DAP tolak UMNO diketuai Zahid ataupun Najib”.
Sedangkan UMNO sendiri bukan sahaja tidak akan bekerjasama malah tidak pernahpun selama ini bekerjasama dengan DAP, setelah lebih 60 tahun ia ditubuhkan.
Isham yang juga bekas Pegawai Khas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengulas ringkas penuh sindiran pedas terhadap ‘pendirian’ DAP tersebut.
“UMNO pun tak pernah mahu bekerjasama dengan dia ini.”
“UMNO adalah suatu parti yang tidak pernah (dan In Sha Allah tidak akan) bekerjasama dengan DAP.”
“Pepatah Melayu ada mengatakan: “Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Dia tak nak, kita pun tak hingin.”
Isham turut membuat saranan ringkas mengenai situasi politik negara apabila hanya berkata, “Bubar.”
Rujuk di pautan;
https://www.facebook.com/220524935369705/posts/816993925722800/