KERAJAAN ‘UNDER ESTIMATE’, ‘OVER CONFIDENT’ TANGANI COVID-19 , WAJAR ‘ROTAN’ PEMIMPIN ENGKAR SOP

386
SHARES
2.3k
VIEWS

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini melibatkan 12.3 juta penduduk yang terkesan daripada tindakan tersebut – yang sebenarnya sudah dijangkakan lebih awal oleh banyak pihak.

Di sebalik pihak kerajaan berkata kes masih terkawal kerana kebanyakannya berlaku di dalam penjara namun jumlah semakin meningkat hari demi hari jauh mengatasi peningkatan pada gelombang pertama. 

Malah jika kerajaan membuat pengkategorian cara yang sama seperti gelombang pertama Covid-19 yang bermula di Kluster Perhimpunan Sri Petaling pada Mac lepas dan tidak dipecah-pecahkan mengikut kawasan terjangkit seperti dilakukan hari ini, nescaya dapat dilihat bahawa gelombang kedua ini berpunca dari dua PATI yang ditahan di penjara di Lahad Datu, kemudiannya memburuk apabila berlaku Pilihan Raya Negeri Sabah.

Data ini boleh dilihat melalui kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri yang setiap hari dikeluarkan, kebanyakan kes yang menular berpunca daripada pulang berkunjung di kawasan berisiko di Sabah. Kluster kemudiannya dikategorikan mengikut lokaliti ia merebak, tidak seperti Kluster Perhimpunan Sri Petaling yang dikategorikan mengikut punca ia dikatakan bermula. 

Di sebalik kerajaan dilihat masih selesa dan terkawal namun menurut Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar yang dipetik berkata dalam sebuah akhbar perdana baru-baru ini, kerajaan jelas ‘underestimate‘ dan ‘overconfident‘ dalam menangani ancaman gelombang kedua Covid-19.

Menurut Zainal;

Kenaikan semula kes Covid-19 yang berlaku ketika ini jelas disebabkan pertimbangan kerajaan yang underestimated dan overconfident terhadap taburan jangkitan, tingkah laku ahli politik ketika PRN Sabah, kegagalan pematuhan amalan prosedur operasi standard dan penguatkuasaan perundangan bersifat dwistandard.”

Walaupun kerajaan wajar mengetatkan usaha dan langkah mengekang Covid-19 menular semula namun tindakan ‘dwistandard’ atau tidak adil dalam menangani pelanggaran SOP antara pemimpin politik dan rakyat tidak wajar dibenarkan berlaku.

Rakyat rela dan sudah berkorban, barisan hadapan juga sentiasa kelelahan, tetapi menteri kabinet dan pemimpin politik pula engkar arahan sehingga gelombang kedua semakin memburuk.

Ini amat memalukan dan peumpamaan kepimpinan melalui teladan tidak lagi boleh digunakan.

Maka sebelum Perdana Menteri ‘merotan’ rakyat, lebih baik beliau merotan dahulu anggota kabinetnya sendiri dan pemimpin-pemimpin politik lain yang melanggar SOP.

Rotan juga pemimpin politik beliau yang berlagak ‘kluster kayangan’ apabila dirawat di hospital. Jangan asyik-asyik hendak salahkan rakyat, walaupun mungkin beliau ingin bergurau, tetapi gurauan tersebut tidak kena masanya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts