TIADA SENARAI NAMA AHLI PARLIMEN DIPERSEMBAHKAN – KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA

700
SHARES
4.1k
VIEWS

Merujuk kepada dakwaan terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperkenan mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menunjukkan bukti beliau mempunyai sokongan majoriti yang kukuh, pihak Istana Negara melalui kenyataan media terkininya memaklumkan bahawa Anwar tidak menunjukkan kepada baginda Tuanku senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat bagi mengukuhkan dakwaan tersebut.

Timbul persoalan jika YDP Agong sendiri tidak menerima senarai nama seperti yang Anwar janjikan pada sidang media sebelumnya, maka adakah kali ini seluruh rakyat Malaysia termasuk pihak Istana sendiri dipermainkan?

Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau. Walau bagaimanapun beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat bagi mengukuhkan dakwaan tersebut.”

Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato’  Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Justeru Anwar sewajarnya disiasat dan didakwa kerana bertindak mengancam keselamatan  dan kestabilan negara dengan dakwaan tidak berasas “mempunyai sokongan kukuh dan meyakinkan” – jika YDP Agong sendiri tidak berjaya beliau yakinkan dalam pertemuan tersebut. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts