TETAMU SENATOR DIGELAR ‘HANTU’ OLEH NETIZEN

138
SHARES
439
VIEWS

Tindakan Senator P. Waytha Moorthy, Pengerusi HINDRAF membawa seorang tetamu yang dikenalinya ke Dewan Negara bagi menyaksikan majlis mengangkat sumpah ahli Senator Dewan Negara pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 semalam menimbulkan persoalan di kalangan netizen.

Isu mula timbul apabila Ketua Setiusaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengucapkan tahniah di Twitter beliau dan terdapat gambar yang seolah-olah ‘penampakan’ yang kemudiannya mula dipersoalkan.

Ramai netizen yang mempertikai siapa dan kenapa tatacara pemakaian di Parlimen tidak dipatuhi jika benar beliau seorang tetamu yang kemudiannya disahkan sendiri oleh Senator Waytha Moorthy.

Menurut beliau lelaki berkenaan Arunachalanandaji, yang juga penduduk India merupakan individu yang dihormati kerana dedikasinya mempromosikan keamanan dunia dan masyarakat setempat. Beliau dijemput berada di sana untuk menyaksikan Waytha dan empat rakan mereka mengangkat sumpah sebagai Senator sebagai tanda hormat.

“Saya merasakan kerana dia telah mendedikasikan lebih 30 tahun dari hidupnya untuk melihat dunia lebih aman, adalah wajar untuk mengundangnya melihat saya mengangkat sumpah.”
Ada juga netizen di kalangan warga India yang mengatakan individu tersebut sebagai bomoh jika dilihat melalui penampilan beliau yang agak janggal dalam majlis rasmi tersebut.

Senator Waytha kesal akan kecaman netizen terhadap tetamu beliau namun ini bukan masalah mengenai netizen yang mencela tetamu beliau sebagai penampakan ataupun bomoh, tetapi ia mengenai cara pemakaian yang akan dirujuk sebagai golongan ataupun kumpulan tertentu.

Sebagai contoh sekiranya kita melihat seorang pemuda berpakaian seragam tentera laut tentunya kita akan merujuk beliau sebagai salah seorang anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan jika beliau berpakaian dan penampilannya seperti gelandangan maka tentunya masyarakat akan menggelarnya sebagai gelandangan.

Maka kita janganlah menyalahkan sesiapa ataupun melayan kecaman sekiranya kita dituduh sebagai bomoh ataupun penampakan sekiranya kita yakin pemakaian kita sudah bersesuaian dan mematuhi protokol majlis yang diadakan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts