PUAD: MENTERI PH TIDAK TAHU KEUTAMAAN

522
SHARES
3.1k
VIEWS

MENTERI PH TIDAK TAHU KEUTAMAAN

Oleh Mohd Puad Zarkashi
18 November 2018

Isu ICERD membuktikan Tun M gagal dan tidak mampu mengawal anggota Kabinet beliau. Ia menambahkan lagi koleksi Menteri PH yang tidak tahu soal keutamaan.

Isu ini memberikan hikmah pula kepada perpaduan Melayu dan Islam. Ia menjadikan UMNO dan PAS parti yang semakin relevan. UMNO-PAS semakin mesra seperti pantun Ustaz Abd Hadi di Perhimpunan Ummah (Pasir Salak) malam tadi..

Mat Kilau berjiwa pahlawan
Menghunus keris melompat pagar
Lampu hijau (PAS) boleh berjalan
Lampu merah (UMNO) jangan dilanggar

Ya, apa keperluannya mengutamakan isu ICERD dalam konteks Malaysia?

Latifah Koya Kutty Peguam pro PKR berhujah, kita perlu melakukan ratifikasi untuk menyediakan payung sebelum hujan. Mana tahu satu hari nanti diskriminasi akan berlaku.

Maksudnya, Latifah mengakui tidak ada diskriminasi kaum di Malaysia. 61 tahun negara merdeka, Kerajaan BN tidak melakukan diskriminasi kaum. Walaupun ada Perkara 153, kaum Cina tetap menguasai bidang perniagaan. Orang India tetap menguasai profesion kepeguaman.

Sebab itu kalau ICERD diratifikasi ia membuka pintu beberapa perundangan seperti Perkara 153 akan dipersoalkan dan dihakis secara berperingkat. Apatah lagi Fasal 1 definisi diskriminasi kaum (ICERD) mentakrifkan, menolong, membantu dan mengutamakan sesuatu kaum tetap dianggap sebagai “Diskriminasi kaum”.

Nak tanya Waytha Moorthy, bukankah amalan kasta masih berleluasa di kalangan kaum India di Malaysia? Sebab itu buat kerja yang lebih spesifik. Lebih balik utamakan “Indian Blue Print” yang diwujudkan oleh Najib semasa BN memerintah dulu.

Jangan jadi, harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan dia jaga perpaduan rupanya dia makhluk pembawa perpecahan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts