KONVENSYEN PARTI PKR HARI INI
Di Konvensyen PKR hari ini di Shah Alam, di dalam ucapan perpisahan Dr. Wan Azizah sebagai Presiden PKR, dengan tangisan dan linangan air mata beliau menyatakan bahawa:
“Perjuangan Reformasi belum berakhir. Saya teringat kepada pengorbanan reformis-reformis yang dibuang kerja kerana menyokong perjuangan reformasi ini.”
ULASAN
Persoalannya reformis yang teraniaya, seperti yang disebut oleh Wan Azizah berlaku di zaman siapa?
BETUL
Di zaman BN memerintah. Iaitu pada tahun 1989 – 1999. Ketika KES MATA LEBAM.
BETUL
Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad.
Iaitu, Perdana Menteri Pakatan Harapan pada ketika ini.
Mungkin Wan Azizah terlupa siapa PM ketika itu.
Oleh yang demikian, dicadangkan Wan Azizah memulakan GERAKAN REFORMASI mengguling Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan diganti dengan Anwar Ibrahim.
MOHON MENCADANG.
Salam.
DSBA
17 November 2018