KHAIRY WAJAR KELUAR DEWAN TANDA MUAFAKAT

527
SHARES
1.7k
VIEWS

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, UMNO tidak memutuskan untuk meninggalkan atau memboikot hari pertama sidang Dewan Rakyat tetapi mereka sekadar keluar dari dewan untuk bercakap kepada media mengenai kontroversi pelantikan speaker Dewan Rakyat.

Beliau juga mengulas mengenai Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin tidak mengikut Ahli Parlimen pembangkang lain keluar dewan mungkin kerana Khairy tidak menyedari apa yang diputuskan kerana tidak menghadiri mesyuarat parti semalam, di mana UMNO membincangkan cara bertindak balas terhadap isu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Semua ahli Parlimen pembangkang BN dan PAS bertindak keluar dewan untuk membantah pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker yang didakwa melanggar peraturan Dewan Rakyat.

Khairy sewajarnya turut keluar dewan bersama Ahli Parlimen pambangkang lain sebagai tanda muafakat sesama pembangkang.

Sekiranya Khairy ingin menghormati majlis dan menunjukkan contoh yang baik sebagai pembangkang berwibawa seperti yang beliau sendiri katakan, beliau seharusnya mula belajar menunjukkan contoh yang baik sebagai ahli UMNO berwibawa iaitu dengan menghormati pendirian yang diambil melalui mesyuarat parti sebelum itu, yang memutuskan untuk keluar daripada dewan sebagai bantahan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts