KENAPA SURAT SOKONG ANWAR DITANDATANGANI ZAHID, NAJIB ADALAH PALSU?

1.9k
SHARES
11.3k
VIEWS

Kronologi pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sehingga tularnya surat palsu yang kononnya ditandatangani oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, bagi menyokong Anwar (kronologi ini tidak memperincikan hal-hal lain selain pertemuan Anwar dan YDP Agong dan dakwaan beliau mempunyai majoriti sokongan Ahli-ahli Parlimen);

1. 22 September 2020 – Tarikh sebenar Anwar dijadualkan mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi mempersembahkan bukti sokongan majoriti yang diterima daripada Ahli-ahli Parlimen, namun ditangguhkan

2. 23 September 2020 – Anwar membuat sidang media mengumumkan mempunyai sokongan majoriti dan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang

2.1. Anwar juga memaklumkan tarikh yang dijadualkan beliau mengadap pada hari Selasa 22 September telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak kerana YDP Agong menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN)

3. 23 September – 12 Oktober 2020 – Bermulalah episod penularan senarai nama palsu sokongan kepada Anwar serta infografik palsu senarai kabinet yang direka-reka dengan sengaja untuk mengelirukan pelbagai pihak dan menimbulkan prasangka sesama sendiri

3.1. Laporan polis ke atas Anwar yang dibuat oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO bagi menafikan dakwaan terlibat dalam sokongan tersebut

4. 13 Oktober 2020 – Anwar bertemu YDP Agong di Istana Negara bagi mengemukakan bukti beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen

4. 1. Anwar membuat sidang media pada jam 2 petang hari yang sama bagi memaklumkan mengenai pertemuan tersebut dan beliau masih percaya mempunyai sokongan majoriti serta kerajaan Muhyiddin telah tumbang

4.2. Anwar mendakwa telah menyerahkan bukti-bukti berkaitan termasuk akuan bersumpah (SD) dan surat sokongan ketua-ketua parti

4.3. Pihak Istana Negara mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pertemuan tersebut serta menyatakan Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau sebaliknya hanya mengemukakan jumlah sokongan yang diterimanya

5. 17 Oktober 2020 – Tular di beberapa portal yang kurang dikenali yang kemudiannya dipetik oleh beberapa media utama negara mengenai surat menyokong Anwar yang kononnya ditandatangani oleh Zahid dan Najib, bertarikh 11 Oktober 2020

5.1. Khairy Jamaluddin menjadi Ahli Parlimen UMNO yang pertama melatah dan menafikan kononnya terlibat dengan agenda menyokong Anwar tersebut, tanpa menyiasatnya terlebih dahulu sedangkan dengan mudah beliau boleh menghubungi pegawai-pegawai Zahid ataupun Najib, malah boleh berhubung terus dengan kedua-duanya

5.2. Datuk Seri Mohd Khaled Nordin pula lebih cermat dalam memberikan pandangan dan berkata ia hanya spekulasi dan beliau tidak akan memberi respons terhadap sesuatu yang bersifat spekulasi

5.3. Surat tersebut kemudiannya disahkan palsu oleh Pejabat Presiden dan pegawai Najib sendiri, rujuk; www.malaysiagazette.com/2020/10/17/surat-zahid-najib-kepada-agong-sokong-anwar-adalah-palsu/

5.4. Bagaimanapun wajar semua pihak menantikan penafian rasmi daripada UMNO terutamanya pihak Zahid dan Najib. 

Kesimpulan;

i. Secara logiknya, bukti surat tersebut adalah palsu terdapat pada kelemahan tarikh surat tersebut dikeluarkan iaitu pada 11 Oktober.

ii. Tarikh surat tersebut sepatutnya dikeluarkan adalah sebelum 22 September kerana pada tarikh tersebutlah Anwar dijadualkan mengadap YDP Agong sebelum ia ditangguhkan.

iii. Tentunya Anwar sudah bersedia terlebih dahulu mengumpulkan bukti sokongan yang ditandatangani oleh ketua-ketua parti tersebut, bukan pada tarikh baharu iaitu 11 September – dua hari sebelum beliau dijadualkan semula untuk mengadap YDP Agong.

Justeru, semua pihak wajar berhati-hati sekiranya berdepan dengan situasi begini, adalah lebih baik menyemak sebelum menyebarkannya.

Wallahualam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts